Saje bosan2 sebagai pedoman untuk kita

>> Saturday 15 September 2012

Hadis Sahabat Nabi Saw

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW: Berdoalah kamu kepada Allah dengan penuh yakin bahawa doa kamu diterima. Ketahuilah! Bahawasanya Allah tidak akan menerima doa seseorang yang hatinya lalai (ketika berdoa). Mengingati yang lain selain daripada Allah. (HR Tirmizi)
Credit By: FISHCAT 

Read more...

Cerita Kedai Milo 3.0

>> Friday 14 September 2012

                                    

Saya Nak Jadi 'HOT' Kat Mukabuku boleh..??


Selang dualang tigalang empatlang(Berapa banyak 'lang' la..-_-) beberapa hari dengan rasa bangganya dan bongkaknya cerita kedai milo 3.0 di hidup dan dijana..WAHAHAHa..Mcam versi android lak macam 1.0 cupcake,
1.6 donut,
2.1 eclair,
2.2 froyo(Frozen Yogurt),
2.3 gingerbread,
3.0 Honeycomb,
4.0 Ice Cream Sandwich,
4.1 Jelly bean...Pasti kepala anda terpinar-pinar kan karena memikirkan..Apakah "BINATANG" ini..??

Lupakan kerana tak masok soalan SPM(Soalan Padang Mahsyar) pon..Tapi jikalau anda berkeras juga ingin tahu..Silalah tanya Pak Cik Google..Tak pon Atok Wikipedia..Ekekek.:D

Oke patah balek kepada prediket subjek kita tentang tajuk "Saya nak jadi 'HOT' kat mukabuku boleh..??

Hmm..Disini kami sediakan tutorial mudah kepada perempuan yang ingin menjadi 'HOT' di Muka buku seperti banyak orang like status.photo dan segala mak bapak yang mampu di like dimuka buku..

Ehem..Mcam ni la.X susah nak jadi hot kat muka buku,si perempuan tu cuma perlu dedah sana sini,selak sini sinun cket,Ketat sana ketat sini...Haa..Kompom Ramai laki datang ngorat...Cuma satu perkara sahaja yang anda perlu tahan.Azab api neraka yang HOT.*Gulp,siapa yang boleh tahan kan..(_ _")
[Gambar Hiasan yang telah diedit dengan letak sambal belacan dicelur bersama kicap cap kipas udang..err.-,-]


Biar tak 'HOT' di muka buku kerana orang yang 'HOT' di muka buku dengan banyak gambar-gambar yang dedah sana sini,selak sana sini lepas tu lelaki komen 
"Waah,,Kiut..I suka la..<3"
"Awak ni cantik larhh..;)"
"Hai...Kiutnye dia..;D"


Dan ada jugak spisies yang special dan istimewa

"""Hai..Awak kiut la..Jom dating ni no. phone saya 01X-XXXXXXX"""

[Boy,That escalated quickly]

Siriesly..Pujian-pujian dari lelaki-lelaki tersebut sepatutnya suami yang patut berikan..Yedak..??
Kepada yang terasa,terpilu,tergatal-gatal,TERbersin-bersin sambil terkentut-kentut dengan pos ini..Minta maaf naa..Bukan karena saya jelez atau dengki atau hasad.Memang saya akui orang sebegitu 'HOT' di mata manusia.Tapi bagaimana dilangit tujuh adakah kita popular disana..??

Adakah kita akan dipandang hina disana...??Na'uzubillah..T__T

Biarlah kita tidak terkenal dimata manusia,asalkan popular dilangit tujuh..Kan2..?? ^^

 "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan..."
[Luqman :8]

[credit:Dato' Sir John Maliki Hoeng Alexender Gram Hall II]..-,-  


Read more...

Hingga Ke akhirnya

>> Wednesday 12 September 2012


[kredit]

Pernah mengalir di pipi ini,
Deras kekesalan yang menginsafkan,
Seusai perjalanan dari lembah kehinaan,
Terasa kembalinya jiwa ini di atas jalanNya,
DiberikanNya nikmat keinsafan tepat pada detiknya.

Bagai dijirus cahaya ketenangan ke wajah ini,
Lantas tersedar dari daerah yang menjauhkan menuju kegelapan,
Damainya dirasa umpama lapangnya dari dari kesempitan jiwa,
Yang dahulunya pernah menghimpit diri ini yang merindui ketenangan.

Semoga rasa hati ini terus  tersemat dan berkekalan,
Bersemi penuh gemilang di halaman taman hati ini,
Sehinggalah tiba saatnya jasad dan roh ini menitikkan pertemuannya,
Menuju ke alam abadi.

[Kredit:Sahabat Muslimeen ;D]




Read more...

Cerita Kedai Milo 2.0

>> Tuesday 11 September 2012

                                                                         
[Krik Krik Krik(bunyi cengkerik)]

Dengan terdapatnya bunyi cengkerik ni,Jelas menunjukkan bahawa kesunyian blog ini dapat dirasai walaupon dah memang sunyi.Ehh.-.-

Disebabkan kesibokkan yang melampau dan mepenang melangkawi batas dengan final exam nak dekat,banyak report nak kena hantar,banyak assignment nak disiapkan.............Haihhhh*sigh -,-

Walaupun kita ni sebagai manusia dilanda kesibokkan yang tahap nya adalah GABANN,itu tidak boleh jadi penyebab alasan untuk kita jauh daripadaNya.Kerana tanggung jawab kita sebagai manusia aka hambaNya tetap perlu dilaksanakan.Eheh.;D





"Kemudian apabila engkau telah selesai   (daripada sesuatu ibadah), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan ibadah yang lain). Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (terhadap apa yang engkau gemari dan ingini)"
 [Al-Insyirah 7-8:]


[credit:Dato' Sir John Maliki Hoeng Alexender Gram Hall II]..-,- 


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... position:center;

  © Coretan Dari Hamba Allah Si Perindu Tegar by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP