Salahkan Siapa..??

>> Friday 9 November 2012




Disebabkan cuti semester yang berlangsung selama sebulan lebih dan saya tidak tahu nak buat apa..
Jaadi..Saya dengan rasa sedih Nerdnya akan menukilkan sesuatu sebagai renungan buat kita semua meskipun dengan cara KEKERASAN
Maaf atas keGEDIKan saya sendiri..Koff..-..-

Baiklahh..Tajuk blog kita pada hari ini adalah tentang membuat kebaikan.
Sebelom tu saya mempunyai soalan buat anda..
Pernah tak terjadi kepada kita perkara ini:
1)Kita tolong orang,kita pulak yang dipersalahkan.
2)Kita selalu menghabiskan masa menyebarkan kebaikan tapi dimaki oleh masyarakat.
3)Apabila kita jaga hati orang tu,tapi orang tu x pernah dak nawaitu saumaghodin pon nak jaga hati kita..
4)Kita pernah mengarapkan kepada manusia,tetapi sering dikecewakan

Siapa yang tak Sakit hati bila jadi macam ni kan...
Dann..Bila perkara ini terjadi,mula la nak meragam..Salahkan kehidupan kita la dan apa2 yang bule dipersalahkan..Haiss,Manusia,(_ _")

Ehem..Mesti la perkara @ situasi pernah terjadi kat kita sebab kita ni manusia biasa yang tak sempurna dan pasti terganggu emosi apabila diduga dengan apapun cabaran.
Dannn,Pada pendapat saya ini cara penyelasaiannya..(Sebagai renungan untuk kita..^^V)
Ehemm..cuba kita tanya diri kita sendiri
-untuk siapa kita kita buat perkara tersebut..??
-Ikhlaskah kita melaksanakan kerja tersebut..??
-Apa kita minta balasan atas apa yang kita kerjakan..??

Apa-apa pun kerja yang kita buat ni segalanya bermula dari niat kan..^^
Kalau kita buat semua perkara dengan iklhlas..Emm..Apa tu ikhlas eh..??
Ehem..Maksud ikhlas ialah:


" melaksanakan taat semata-mata kerana Allah sendiriNya, bukan di maksudkan memperolehi kebesaran dari manusia, ataupun penghormatan. Dan bukan pula untuk memperolehi sesuatu keuntungan dunia atau menolak sesuatu bencana keduniaan."  
(sumber-Pak cik Google)


Dan ikhlas ni pulak ada tahap dia..

1. Melaksanakan ibadah kerana takut akan azab.
2. Melaksanakan ibadah kerana membesarkan Allah.Kerana merasai  
    kehebatan Nya. kerana menuruti dan akur akan seruan Nya dan tiada
    pula terlintas di hati sesuatu maksud lain
(sumber-Pak cik Google jugak..;D)

Dan bila kita buat kerja dengan ikhlas keranaNya..Sudah pastinya tiada masalah jika kita diuji denga hebat mana sekalipun kerana kita sedar Allah sedang menguji kita.Dan disetiap ujian itu jika kita bersabar Allah akan gantikan perkara itu dengan sesuatu yang lebih baik.Syiok dan Ohsem kan bila buat kerja dengan niat yang ikhlas keranaNya..:D

KESIMPULANNYA(SORI caps lock rosak..c(:..),apabila kita nak buat sesuatu benda yang baik dan ketika itu kesabaran kita diuji,ingatlah
Jangan menyesali kebaikan yang telah kita lakukan meskipun kebaikan itu dibalas dengan kekecewaan. Kerana menyesali suatu kebaikan itu hanya akan mengurangi nilai kebaikan tersebut kebaikan itu sudah kita lakukan..
Yakinlah perbuatan baik yang kita lakukan INSYAALLAH akan dibalas oleh ALLAH SWT dengan yang lebih baik...[Google]
Dannn taw x..


Ruginya kita tak diduga oleh allah dengan ujian yang berat kerana itu menunjukkan iman kita x bersedia dengan ujian yang berat.[apg]

"Oleh itu,Allah memberikan mereka pahala dunia(kemenangan dan nama yang harum),dan pahala akhirat yang sebaik-baiknya(nikmat syurga yang tidak ada bandingannya).Dan(Ingatlah),Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan".[Al-'Imran:148]

[credit:Dato' Sir John Maliki Hoeng Alexender Gram Hall II]..-,-

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... position:center;

  © Coretan Dari Hamba Allah Si Perindu Tegar by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP