JENIS-JENIS ILMU - SEKTOR 2

>> Saturday, 11 August 2012


As-salam dan salam 1 Malaysia.. (bosan,, asyik salam sjahtera je)
Da pun masuk 23 ramadan.. dan kita da masuk fasa ke-3 ramadan; pelepasan dari api neraka.. so, tnye diri kita; "ape yg aku da buat sepanjang ramadan kali ni..?" "tmbh @ kurang @ same je..?"
moga2 btambah la ye..
ok,, let's continue our class.. ceh.. mai2..!!


2.      ILMU FARDHU KIFAYAH

Ilmu fardhu kifayah adalah ilmu yang wajib dituntut untuk menyempurnakan disiplin serta perilaku manusia di atas muka bumi ini. Diantara ilmu fardhu kifayah yang asas atau umum termasuklah seperti di bawah.

a)Ilmu Riyaddiyah

Ilmu ini ada konteknya dengan Ilmu Hitung, Ilmu Hindasah(geometry) dan Ilmu Bumi Alam. Tiada satupun ilmu-ilmu ini yang ada konteknya dengan perkara-perkara agama,baik ditetapkan mahupun tidak ditetapkan,bahkan ilmu-ilmu ini hanya dalil-dalil belaka yang tiada cara lagi untuk mengingkarinya sesudah terlebih dahulu faham dan jelas. Para sarjana Islam telah berusaha mengumpul bait-bait ilmu untuk kesenangan hidup umat yang akan datang. Huraian-huraian yang termaktub amat sesuai dengan pandangan Islam seperti ilmu-ilmu riyaddiyah ini :

·         1) Ilmu hitung/ilmu hisab

Kecintaan orang-orang Islam kepada Ilmu a`I-adad dan Ilmu hisab adalah mempunyai hubungan langsung dengan inti ajaran Islam iaitu `tauhid`. Tuhan adalah satu dan nombor satu adalah suatu lambang mengenai sumbernya. Nombor-nombor yang lain melambangkan anak-anak tangga yang dengannya manusia dapat naik dari dunia yang beraneka ragam ini kepada yang satu. Buku-buku para sarjana Islam seperti`Al jam`wa`l-tafriq oleh Ibnu musa Al-khawarizmi sangat mempengaruhi dunia barat. Al-biruni juga banyak mempelajari dan menulis banyak buku-buku mengenai siri dalam Ilmu Hisab. Kalshani seorang pakar Ilmu Hisab Parsi juga tekah mencipta pecahan dan cara menghitungnya seperti di dalam kitab Miftah Al-Hisab(kunci bagi Ilmu Hisab).



·         2) Ilmu alam bumi

Islam mensifatkan alam sebagai tanda lambang, semboyan atau gambaran Islam. Ahli sains Islam tidak bekerja dalam satu dunia di mana Tuhan dipisahkan daripada apa yang diciptakan-Nya. Mereka tidak mengemukakan dalil –dalil seperti kesamaan(uniformitarianism) atau evolusi biologi mengufuk(horizontal biological evolutio) yang dianggap sebagai kenyataan sains tetapi sebenarnya merupakan cara di mana manusia yang telah disekularkan mengisi kekosongan yang ada akibat daripada membuang Khaliq daripada ilmunya. Tidak seperti sarjana-sarjana Islam seperti yang ilmunya berdasrkan Islam seperti Al-biruni dengan teori batu-batunya,yang menulis dalam Tahqiq ma li`l-hind bahawa Dataran Gangga di India adalah sebuah longgokan mendak sama seperti Ibnu-Sina yang menjelaskan tentang kejadian batu mendak.

b)Ilmu Mantiqiyyah

Ilmu ini juga sama sekali tidak ada konteksnya dengan agama, baik ditetapkan atau tidak ditetapkan,bahkan dia hanya merupakan analisa tentang cara mencari dalil-dalil,cara mencari analog,cara mencari beberapa syarat definisi yang benar dan bagaimana cara mengurutkannya. Ilmu ini terbahagi kepada dua iaitu ilmu Tasawwur dan ilmu Tasdiq yang diperolehi dengan mengemukakan dalil-dalil dan hujah yang bernas untuk meyakinkan akan kebenarannya. Dalam istilah Ilmu Mantiq terdapat susunan mujabah(baca positif dan susunan negatif atau “salabah”).


ok,, ana phm antum pnat.. so, cukup la kot setakat ni je.. kita sambung lain kali..

(to be continued..,,)

p/s: mesti ade yg ckp cmni,, "sambung lg.,, bila nk abih da..??" haha.. sabo2..

kredit:aminnmn

Read more...

Andai Ini TakdirNya

>> Friday, 10 August 2012


[Bakal Jurutera,Cekgu,Pak Imam,Pakar Fizik,Ketua Keluarga..InsyaAllah..^^]


 Seperti yang anda tahu gembar jejaka di atas adalah para mahasiswa yang maha 'busy' dgn kerja yang bertimbun dengan assignment,tutorial,presentation PBL,Lab report dan macam2 lagi kerja yang masih tertunggak,walaupon cara untuk menyelesaikan hanya dengan kopi pasta dari member2 lain..Err

Al-maklum la..Kami student bidang engineering ni dilatih sejak azali lagi dalam bidang kopi pasta dalam bab nk buat assignment dengan kerja khusus.Tipoo la klau x pernah kopi pasta…….-,-
oke back to topikkk..
#Jauh betol sembang smpai planet zoragon dah..
(_ _”)

Topik kali ni adalah tentang takdir atau qada’ dan qadar dari Allah S.W.T
Cerita pasal takdir..Ramai sahabat termasuk saya masih tertimbul pertanyaan di benak fikiran kami,mengapa kami dipilih untuk mengambil bidang mikroelektronik yang penuh kepeningan dan keloyaan keburukan…

Ada yg mengadu..
“Kenapa la aku amek bidang mikroe ni..??!
MENYESAL aku..”
“Susah nak mampos bidang mikroe ni..Macam mana la nk teroskan hidop..”

Tapi kami yakin dan konDifen mungkin ini adalah takdir dari Yang Maha Kuasa yang merencana sesuatu buat kita worang.Mungkin ada sebabnya kami mengambil bidang ini.Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang baik untuk hamba-hambaNya sedangkan kita tidak mengetahuinya..

“kadang2 kita selalu merungut dengan apa yg kita ada..sedangkan tanpa kita sedari,Allah sedang merancangkan sesuatu yg indah,bahkan lebih baik buat kita”…Kan2.??.^^

“Itulah dalil dalil ayat Al Qur'an yang menerangkan hakikat takdir dan nasib, smoga dapat kita fikirkan makna maknanya lalu kita temukan mutiara mutiara hikmah yg terkandung di dalamnya” [ At Tholaq : 3]
                                                 

[credit:Dato' Sir John Maliki Hoeng Alexender Gram Hall II]..-,-

Read more...

TOKOH ILMUAN ISLAM - AL-JAZARI

>> Sunday, 5 August 2012


TOKOH ILMUAN ISLAM DALAM BIDANG 

KEJURUTERAAN
Assalamualaikumwarahmatullah dan salam sejahtera...
Insya-Allah..pengisian artikel kali ini, kami ingin berkongsi ketokohan seorang sarjana Islam yang sangat terkenal dalam bidang Kejuruteraan.Beliau ialah Abu al-‘iz ibn Ismail ibn al-Razaz al-Jazari.. Ataupun nama singkatnya : al-Jazari

Sedikit pengenalan latar belakang:
    • a) Beliau dinamakan bersempena dengan nama kawasan kelahirannya; Al-Jazira
    • b) kawasan utara Mesopotamia
    • c) Seperti ayahnya, beliau merupakan seorang artis seni pertukangan,
    • d) oleh itu beliau sebenarnya lebih kepada jurutera praktikal berbanding jurutera yang mementingkan toeri dan kira-kira.
    • e) Menerbitkan sebuah buku yang bertajuk   Book of Knowledge of Ingenious Mechanical Devices.Dalam buku tersebut,beliau mempamerkan 50 alat mesin dan cara pembuatannya.
    • f) Antara hasil kerjanya yang terkenal ialah dalam pembuatan mesin Automata (mesin yang bergerak sendiri melalui kesinambungan mekanisma peralihan tenaga dalam sesuatu sistem).Mesin-mesin automata ini pula digabungkan dengan konsep keseniaan yang akhirnya menghasilkan konsep teknikal yang indah.
    • g) Dalam sejarah Barat;beliau dikenali dengan nama Father of Robotics.
     
Contoh-contoh hasil kerja Al-Jazari:
Kincir Air



Automata Musik
Apa yang antum lihat ialah patung-patung kayu tersebut akan memainkan alat muzik masing-masing apabila air dialirkan


Alat mengangkut air
 Konsep-konsep yang digunakan oleh al-Jazira kebanyakannya menggunakan tenaga daripada air.
Kesemua contoh-contoh alat ini sudah cukup membuktikan betapa gemilangnya Sarjana Islam pada masa dahulu.Sehinggakan al-Jazira digelar Father of Robotics oleh ahli Sains moden. 
Semoga kita bersemangat kembali untuk terus membangun dan menyumbang kepada Kemajuan dunia akhirat manusia sejagat..Khususnya untuk kemjuan umat Islam..
Wallahualam..

[rujukan:wikipedia.com]


Kredit:blog and the geng

Read more...

Cerita Kedai Milo 1.0


[Kami Pelajar UniMAP yang CEMERLANG HyperActive]
#Oke..Yg kiri tu Hyper sangat..-.-

Disebabkan kami tidak tahu apa yg hendak diPOSTkan tetapi dipaksa oleh ahli kumpulan sendiri untuk postkan sesuatu..Maka secara automatik dan NERDnya..Cerita kedai milo diwujudkan dalam versi 1.0 dengan lafaz bismillahirohmanirrahim....Ehemm..

Apa yang kami mahu hendak nak akan ceritakan adalah tentang projek membuat belog tentang sejarah islam,sejarah asia,sejarah planet zoragon..Ehh
Pertama sekali kami ingin memohon maaf kepada sesiapa yang mendapat msej muka buku dari ahli group kami supaya anda memview belog kami..Bukan kerana kami syok sendiri @ meminta publisiti murahan @ meminta untuk mendaftar jadi ahli Altromen..Err
Tapi Tak salah kan nak sampaikan perkara baik..:)

Sabda Rasulullah SAW : “Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” [Bukhari]

Bila cakap pasal nak sebarkan kebaikan...Mesti ada mulut yang dibisik syaitonirojim yang cakap
                                       
   "Ala..Kau tu bukan bagus sangat,ade hati nak ubah orang..!!"                                                


"Ape la pegi pos psal haram merokok pulak die ni..Ptg tdi aku nmpak die isap matburuh ice(Malboro Ice).."

Dan Macam2 pesyen lagi.._|_

Biasala kan,kita ni sbg manusia biasa..Perkara baik selalu nak ditolak,dicaci,disepak,diFire..
Perkara buruk pulak diterima,disambut,Diapprove..Haiss..X paham kan..
Senang nak diceritakan..Macam ni la...Eheem

Apabila kawan-kawan,abang-abang,hadek-hadek kita ingin menyebarkan kebaikan..Janganlah kita merasa x sedap badan mcm kena alergik pulak..-,-

Jangan tengok siapa yang menyebarkan..Tengok apa yang dia sebarkan..
Kalau dia tak nak jadi baik,biar kita yang jadi baik
Kalau dia tak nak berubah,biar kita yang berubah.

Haa..Sngkan klau mcam tuu..X payah nk serlahkan kesyaitonirojiman kita kan..^^


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... position:center;

  © Coretan Dari Hamba Allah Si Perindu Tegar by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP