JENIS-JENIS ILMU - SEKTOR 2
>> Saturday, 11 August 2012
As-salam dan salam 1 Malaysia.. (bosan,, asyik salam sjahtera je)
Da pun masuk 23 ramadan.. dan kita da masuk fasa ke-3 ramadan; pelepasan dari api neraka.. so, tnye diri kita; "ape yg aku da buat sepanjang ramadan kali ni..?" "tmbh @ kurang @ same je..?" moga2 btambah la ye..
ok,, let's continue our class.. ceh.. mai2..!!
Da pun masuk 23 ramadan.. dan kita da masuk fasa ke-3 ramadan; pelepasan dari api neraka.. so, tnye diri kita; "ape yg aku da buat sepanjang ramadan kali ni..?" "tmbh @ kurang @ same je..?" moga2 btambah la ye..
ok,, let's continue our class.. ceh.. mai2..!!
2.
ILMU FARDHU KIFAYAH
Ilmu fardhu kifayah adalah ilmu yang wajib dituntut untuk menyempurnakan disiplin serta perilaku manusia di atas muka bumi ini. Diantara ilmu fardhu kifayah yang asas atau umum termasuklah seperti di bawah.
a)Ilmu
Riyaddiyah
Ilmu ini ada
konteknya dengan Ilmu Hitung, Ilmu Hindasah(geometry) dan Ilmu Bumi Alam. Tiada
satupun ilmu-ilmu ini yang ada konteknya dengan perkara-perkara agama,baik
ditetapkan mahupun tidak ditetapkan,bahkan ilmu-ilmu ini hanya dalil-dalil
belaka yang tiada cara lagi untuk mengingkarinya sesudah terlebih dahulu faham
dan jelas. Para sarjana Islam telah berusaha mengumpul bait-bait ilmu untuk
kesenangan hidup umat yang akan datang. Huraian-huraian yang termaktub amat
sesuai dengan pandangan Islam seperti ilmu-ilmu riyaddiyah ini :
·
1) Ilmu hitung/ilmu hisab
Kecintaan orang-orang Islam kepada Ilmu a`I-adad dan Ilmu hisab adalah mempunyai hubungan langsung dengan inti ajaran Islam iaitu `tauhid`. Tuhan adalah satu dan nombor satu adalah suatu lambang mengenai sumbernya. Nombor-nombor yang lain melambangkan anak-anak tangga yang dengannya manusia dapat naik dari dunia yang beraneka ragam ini kepada yang satu. Buku-buku para sarjana Islam seperti`Al jam`wa`l-tafriq oleh Ibnu musa Al-khawarizmi sangat mempengaruhi dunia barat. Al-biruni juga banyak mempelajari dan menulis banyak buku-buku mengenai siri dalam Ilmu Hisab. Kalshani seorang pakar Ilmu Hisab Parsi juga tekah mencipta pecahan dan cara menghitungnya seperti di dalam kitab Miftah Al-Hisab(kunci bagi Ilmu Hisab).
·
2) Ilmu alam bumi
Islam mensifatkan alam sebagai tanda lambang, semboyan atau gambaran Islam. Ahli sains Islam tidak bekerja dalam satu dunia di mana Tuhan dipisahkan daripada apa yang diciptakan-Nya. Mereka tidak mengemukakan dalil –dalil seperti kesamaan(uniformitarianism) atau evolusi biologi mengufuk(horizontal biological evolutio) yang dianggap sebagai kenyataan sains tetapi sebenarnya merupakan cara di mana manusia yang telah disekularkan mengisi kekosongan yang ada akibat daripada membuang Khaliq daripada ilmunya. Tidak seperti sarjana-sarjana Islam seperti yang ilmunya berdasrkan Islam seperti Al-biruni dengan teori batu-batunya,yang menulis dalam Tahqiq ma li`l-hind bahawa Dataran Gangga di India adalah sebuah longgokan mendak sama seperti Ibnu-Sina yang menjelaskan tentang kejadian batu mendak.
b)Ilmu
Mantiqiyyah
Ilmu ini juga sama sekali tidak ada konteksnya dengan agama, baik ditetapkan atau tidak ditetapkan,bahkan dia hanya merupakan analisa tentang cara mencari dalil-dalil,cara mencari analog,cara mencari beberapa syarat definisi yang benar dan bagaimana cara mengurutkannya. Ilmu ini terbahagi kepada dua iaitu ilmu Tasawwur dan ilmu Tasdiq yang diperolehi dengan mengemukakan dalil-dalil dan hujah yang bernas untuk meyakinkan akan kebenarannya. Dalam istilah Ilmu Mantiq terdapat susunan mujabah(baca positif dan susunan negatif atau “salabah”).
ok,, ana phm antum pnat.. so, cukup la kot setakat ni je.. kita sambung lain kali..
(to be continued..,,)
kredit:aminnmn
0 Apa Kata Anda..??:
Post a Comment