Reti Bersyukur x..??

>> Sunday, 14 October 2012



Bismillah...
Assalamualaikum..Kepada semua pembaca walau hakikatnya hanya saya seorang pembacanya-,-,Tiba2 tangan ni rasa gatai nak tulih meskipun isinya merapu namun padat dengan sambal cencaluk Pak Abu ..Wahah..XD

Ehem..Disebabkan kesibukkan yang terlampau GABAN dengan nak buat report PBL la,nak study untuk final la dan macam2 segala bagai..NAMUN,,!! Kesibukkan itu berakhir juga kerana berakirnya final exam dan cuti semester telah bermula..Dengan itu berakhirlah bebanan untuk semester 3 ini..Rasanya seperti membuang air besar selepas menahannya selama setahun.WaHAhah..#Oke,,Over sangat disitu..-__-..



Minta maaf di atas kemerapuan saya disebabkan perasaan keEXCITEDan final exam da habes masih belom hilang..Dia kena tunggu keluaq result exam nanti baru nak hilang kot..:D
Ehem Ehem Ehem..Siries2,Kte xde mse main2 ni...-..-

Berbalik kepada tajuk setelah merapu ripan..
Tajuk belog pada malam ini adalah "Reti Bersyukur x..??"



Kepada pembaca yang masih BLURR dan tertanya-tanya "Bersyukur tu menatang pa..??"
Nah..kami bagi maksud dia...Op Opp..Tapi sebelom tu pernah tak kita pikiq maksud sebenar syukur tu..??

Ada yang habaq syukur tu perkataan yang sering di ucapkan oleh manusia apabila mendapat apa yang di hajati..Tapi betul ke maksud dia macam tu sampai ada orang yang menggunakan istilah bersyukur itu tidak kena pada tempatnya..Sebagai contoh "saya bersyukur kepada Allah kerana dapat projek ni"Sedangkan projek tu di perolehi dengan cara rasuah ATAUPUN ayat ni:"Saya bersyukur kepada Allah kerana terpilih masuk ke peringkat akhir pertandingan MENTOR"(Bersyukur kerana dapat masuk peringkat akhir pertandingan menyanyi)Apakah aka Pelik Tapi benar edisi liveshow..??
-,-
Ehem..Macam ni la..Makna bersyukur yang sebenarnya ialah "Tidak menggunakan segala kurniaan yang Allah berikan pada kita untuk derhaka kepadaNya"Sumber dari Al-Hijrah (30 minit ustaz Don)..Ye ke..??Sori kalau salah,siries x engat.. 
-,-


Tujuan saya Post bukanlah untuk menjatuhkan maruah mana-mana pihak..Tapi disebabkan saya terbaca status yang diupdate di muka buku oleh anak muda (Bajet macam aku ni org tua ja..-__-)..Yang bertulis
"Hari ni balek rumah..Duduk dengan parents yang membosankan..:/"

"Hari isnin..Kena pergi sekolah..T__T"


Bukanlah maksud saya memalukan mana-mana pihak..Bukan..Ketepikan judgemental kita..Dan terima dengan fikiran yang terbuka..Bukan kerana saya ni manusia sempurna yang tak pernah buat dosa..Kita sebagai manusia biasa pernah buat kesilapan dan harus saling menasihati..Berbalik kepada tajuk..
Ada jugak la rasa marah ni bila dia habaq duduk RUMAH dengan IBU BAPA yang membosankan..
Kepada anda..Tidakkah anda terfikir ramai lagi insan yang tiada tempat tinggal dan merempat tepi jalan inginkan rumah tempat untuk berteduh dan berehat yang selesa seperti yang kita ada sekarang ini..??
Tidakkah anda terfikir ramai lagi insan yang tidak mempunyai ibu bapa atau anak yatim piatu yang dahagakan kasih sayang dari ibu bapa..??

Lepas tu yang habaq hari isnin pergi sekolah dengan wat muka sedih
Tidakkah anda terfikir ada insan yang ingin menimba ilmu dan bersekolah seperti kita tetapi terpaksa melupakan hasrat mereka disebabkan kekangan wang dan terpaksa membantu ibu bapa mereka bagi mencari secebis rezeki.


Bukanlah saya marah..Tetapi cuba mengingatkan kita semua dengan cara yang aman ..
#Kacang Pis tanpa Perang..-___-V

Tapi..Cuba anda fikir..Takkan nak tunggu Bila Allah tarik nikmat kita..Baru la taw nak hargai nikmat yang Allah berikan.MasyaAllah.T___T..

Jadi kesimpulannya,Nikmat ni Allah bagi kepada sesiapa yang Dia kehendaki...Jangan la bila Allah tarik nikmat kita..Baru la kita nak merasai makna sebenar ERTI SYUKUR..:)

Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.[Ibrahim:034]

Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.[An-Nahl:018]

[credit:Dato' Sir John Maliki Hoeng Alexender Gram Hall II]..-,-

0 Apa Kata Anda..??:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... position:center;

  © Coretan Dari Hamba Allah Si Perindu Tegar by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP