JENIS-JENIS ILMU

>> Tuesday 31 July 2012

As-salam dan salam sejahtera sahabat2. Salam Ramadan yang ke-12 bg rakan2 muslim. Camne dgn pose kita..? Makin btambah @ makin kurang amalan..? Harap2 istiqamah dgn amalan, wlupun skit..
So, hari ni nk share pasal jenis ilmu Islam lak.. mai..!



Ilmu –ilmu boleh diklasifikasikan kepada dua cabang ilmu menurut Islam. Pengkayaan terhadap ilmu-ilmu oleh para sarjana Islam pada zaman tamadum Islam menyebabkan ilmu pengetahuan telah mencakupi ruang kehidupan umat Islam khasnya. Cabang ilmu boleh dibahagikan kepada dua cabang iaitu ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu kifayah. Ilmu fardhu ain adalah ilmu yang lebih bersifat kepada pedoman kapada umat manusia dan melalui wahyu Allah S.W.T.. Manakala ilmu fardhu kifayah lebih bersifat kepada penyempurnaan hidup manusia samada untuk di dunia mahupun di akhirat. Ilmu fardhu ain merangkumi dan wajib diketahui oleh semua umat manusia kerana ia lebih kepada pengabdian diri kepada Allah S.W.T. Ilmu fardhu kifayah pula lebih merangkumi kepada ilmu yang harus manusia tahu untuk kehidupan seharian. Di antara jenis-jenis ilmu fardhu ain dan ilmu fadhu kifayah menurut pandangan agama Islam ialah seperti di bawah:
      1.      ILMU FARDHU AIN
 
Ilmu fardhu ain adalah ilmu yang bersifat kepada pengibadatan kepada Khaliq. Di antara ilmu-ilmu fardhu ain yang wajib diketahui menurut pandangan Islam adalah;

a)      ILMU TAUHID
Kalimah tauhid berasal dari perkataan `Wahid` yang kemudian diubah menjadi tauhid,yang dari segi bahasa bermaksud `Esa` yakni mengEsakan Allah S.W.T..
Dari segi istilah ia adalah suatu cabang ilmu pengetahuan yang membaca masalah yang berhubung dengan wujud Tuhan dan segala sifat-sifatNya samada sifat yang wajib, mustahil dan harus bagi Allah juga membahaskan masalah yang berhubungan dengan Rasul-rasul serta sifatnya. Di antara nama ilmu-ilmu tauhid yang harus diketahui ialah:

a)Ilmu tauhid
Ia dikatakan ilmu tauhid, kerana didalamya memperkatakan tentang keEsaan
Allah S.W.T, serta membaca soal-soal yang wajib, mustahil dan harus bagi Allah S.W.T.

b)Ilmu kalam
Ia dikatakan ilmu kalam, kerana orang-orang selalu memperdebatkan tentang kalam Allah(Al-quran), qadim(dahulu) atau hadis(baharu).

c)Ilmu usulluddin
Dikatakan ilmu usulluddin kerana ia memperkatakan fukuq-fukuq agama, terutama mengenai ketuhanan.

d)ilmu aqidah
Ia dikatakan ilmu Aqidah, kerana semua pembacaannya berhubungan dengan aqidah atau keyakinan yang mesti dipercayai oleh manusia, terutama umat Islam yang mukmin.

e)ilmu sifat
Ia dikatakan ilmu sifat, kerana ia memperkatakan tentang sifat-sifat Allah S.W.T dan RasulNya, atau lebih luas lagi bahawa ilmu ini memperkatakan tentang sifat Khaliq dan makhlukNya.

Tauhid juga boleh dibahagikan kepada dua iaitu tauhid Ulluhiyyah dan Rububiyyah yang serta tauhid Ibadat. Tauhid tauhid ini dibahagikan mengikut percaturan hidup manusia oleh Allah S.W.T

b)      ILMU FIQAH
Menurut bahasa, yang dikatakan fiqah ialah `tahu` atau `faham`.
Manakala menurut istilah para ahli fiqah ialah Ilmu yang menerangkan hukum-hukum syariat yang diperolehi dari dalil-dalil yang khusus dengan penyelidikan dan ijtihad.
Selain itu ada pula pendapat yang mengatakan bahawa yang dikatakan fiqah itu ialah:
Ilmu yang membicarakan tentang hukum-hukum syariat yang berupa amalan dan diambil daripada dalil-dalil syarak(quran dan hadis) yang dihuraikan secara jelas
Perkara-perkara yang dihuraikan dalam fiqah Islam amatlah besar. Ruang lingkup pembacaan fiqah Islam menghuraikan mengenai individu, masyarakat, dan negara serta hubungan antarabangsa, yang melengkapi, masalah-masalah ibadat,muamalat,kekeluargaan, perikatan perjanjian, kekayaan, warisan, jenayah, dan juga pengadilan. Oleh yang demikian faqih memberi ilmu fiqah kepada dua garis besar iaitu:

a)Fiqah Ibadat
Iaitu kumpulan hukum yang bertujuan asasnya ialah mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Hukum-hukum ini telah ditegaskan oleh Allah dan
RasulNya. Perkara –perkara yang tergolong kepada fiqah ibadat ini ialah
Solat, zakat, puasa, haji, kekeluargaan, perkahwinan, perceraian, keturunan,
harta pusaka dan lain-lain.

b) Fiqah Adat
Fiqah adat ialah hukum-hukum yang ditetapkan untuk menyusun dan mengatur hubungan perseorangan dan masyarakat, atau untuk mewujudkan kemaslahatan dunia. Hukum ini dapat berubah menurut zaman dan tempat.

c)      ILMU AKHLAK
Akhlak dari segi bahasa ialah perbuatan atau perilaku.
Dari segi istilah ialah tatacara hubungan antara manusia dengan manusia, manusia dengan makhluk Allah yang lain dan hubungan manusia dengan pencipta.
Bahagian ini merupakan ilmu pembimbing segala perbuatan dan perilaku manusia dan selaku penyempurna dari kedua-dua ilmu diatas dan tidak kurang pula ilmu ini memperkatakan tentang tanggungjawab manusia sebagai hamba Allah terhadap sesama manusia dan terhadap Allah yang Maha Kuasa.
Kelanjutan dari ilmu dikenal sebagai “ilmu tasauf”. Adapun ilmu tasauf, ia membahas keikhlasan kemurnian hati dan niat kebenaran patuh yang ada dalam kalbu seseorang itu ketika ia melakukan pekerjaan.
Tasauf itu pada hakikatnya adalah suatu sebutan yang digunakan untuk sesuatu yang berkenaan dengan cinta akan Allah dan RasulNya yang benar, bahkan bergantung pada keduanya dan berfana mengikut jalan keduanya.
Bergantung dan berfana kepada Allah dan RasulNya menuntut seorang muslim untuk tidak menyimpang meskipun serambut pun daripada mengikut hukum-hukum Allah dan RasulNya S.A.W. Tasauf Islamiah yang murni tiada melepaskan dirinya dari syariah. Sesungguhnya tasauf itu menegakkan hukum-hukum syariah dengan sehabis ikhlas kesucian niat kebersihan hati.

(To be continued..,,)

 p/s: bakal menyusul sambungan tajuk ni.. insyaAllah.. nantikan~~

kredit:aminnmn

Read more...

TOKOH ILMUAN ISLAM - AL-BIRUNI

>> Sunday 29 July 2012


    As - salam dan salam sejahtera sahabat2 sekalian. Hari ni kami ingin berkongsi ilmu dengan sahabat sekalian serba-sedikit antara tokoh ilmuan Islam yg hebat.


Al-Biruni Tokoh Ilmuan Islam dalam Matematik dan Fizik
                                         

 Nama beliau ialah Abu Rayhan Muhammad bin Ahmad al-Biruni drpd  keluarga Tajik
 Lahir pada 3 Zulhijjah 362H @ 4 September 973M di Parsi

 Menurut kitab al-Ansab yang ditulis oleh Sam’ani dan kitab Mu’jam al-Buldan yang ditulis oleh Ya’qut al-Hamawi, penduduk Khawarizm memanggil orang asing sebagai biruni (dalam bahasa Parsi).Maka atas alasan inilah yang menyebabkan Abu Rayhan dikenali sebagai al-Biruni kerana beliau merupakan orang asing bagi penduduk Khawarizm. aktiviti al-Binuni merangkumi skop yang luas. Ini termasuklah teori-teori abstrak tentang falsafah hinggalah kepada sains praktis matematik, geografi, fizik dan astronomi.


Terdapat beberapa teori yg penting:
*      Teori alam semesta
*      Teori geosentrik
*      Kalender dan kronologi
*      Matahari

Huraian mengenai teori2 tersebut:

*      Teori alam semesta
1.      Al-Biruni menganggap bahawa alam semesta terletak di luar permukaan sfera yang terhad.
2.      Beliau tidak bersetuju dengan konsep graviti alam semesta sebagai kuasa sebenar yang terlibat seperti yang dilihat daripada pengalaman.
3.   Bliau   tidak membincangkan asal-usul alam Semesta tetapi beliau membincangkannya secara terpeninci dalam bukunya al-Tahdid. 
4.      Beliau menolak pandangan yang menyatakan dunia ini kekal.
5.      Beliau mengumpul pelbagai arus pertukaran bumi di zamannya dan melengkapkan karya Abdul al-Malik al-Tayyib al-Busti yang mempunyai muka surat.


*      Teori geosentri
1.      Al-Biruni dan cendikawan sezamannya sering memikirkan tentang kontroversi geosentnik dan heliosentrik.
2.      Beliau mengatakan bahawa sebarang teori baru tidak dapat diterima tanpa bukti sains yang kukuh.
3.      Al-Biruni menulis mengenai pergerakan matahari dalam sebuah buku berjudul Kitab al-Tatbiq fi Tahqiq Harakat al-Syam yang berkaitan dengan teori ini.


*      Kalender dan kronologi

1.      Beliau telah menulis satu risalah kecil yang menerangkan tentang siang dan malam yang juga dapat membuktikan panjang siang dalam setahun di kutub.
2.      Beliau telah mencipta sejenis alat untuk mengukur masa dan waktu di siang hari serta menulis buku mengenainya iaitu Ta’bir al-Mizan wa Taqbir al-Azman- membincangkan tentang tarikh
3.      Tasawwur Amr al-Fajr wa al­Shafiq fi Jihat al-Gharb wa al-Sharq - membincangkan tentang terbitnya fajar



*      Matahari
1.      Sifat fizikal Mataharijasad yang panas bagi letusan solar yang boleh diperhatikan apabila gerhana penuh
2.      Gerakan tahunan - Matahani bergerak mengelilingi Bumi. Beliau berfikir bahawa gerakan mata­hari yang perlahan dan cepat menggambarkan sesuatu orbit.
3.      Fajar dan senja - mendapati senja (pagi dan petang) terjadi apabila Matahari berada 18 di bawah ufuk.


kredit:blog and the geng

Read more...

Nukilan Buatmu sahabat


[kredit]


Andai gerimis brguguran di pipimu tika ini, 
Kesatlah ia dgn penuh kasih sayangmu, 
Kerana ianya tanda belaian rindu ku padamu sahabatku, 
Sayangku padamu tidak pernah susut walau setitis, 
Percayalah aku akan berada di laman hatimu selalu... 
___________________________________________________________
 Ucapan yg spatutnya sntiasa brjalan di atas titian bibir,
Menghiasi setiap detik masa saat di medan keduniaan ini.

Kerana sesungguhnya,
Betapa x trkiranya nikmat yg dikurniakan,
Hakikatnya x terbanding akan nilainya dgn rasa kesyukuran yg dirasakan,
Bagaikan langit dan bumi ukurannya.

Namun pasti ada hikmah disebalik apa yg dirasakan ini,
Sesungguhnya Dia yg ku cintai mahukan lebih lagi,
Mungkin kerana itulah nikmat kebahagiaan,
Yg paling bernilai dlm hubungan antara Hamba dan Tuhan nya.

Kebahagiaan mendatangi saat kedukaan pergi_

___________________________________________________________

Ditemukan kita di lembah perjuangan suci,
Saat ia bermula penuh ceria di wajahmu,
Ia menguatkan ikatan ukhuwah ini,
Ukhuwah yang menjadi sumur perjuangan kita,
Tak mungkin ku lupakan detik bersamamu,
Susah dan senang kita sama hadapi,
Walau dirimu dipenuhi duri yang menyakitkan,
Namun senyuman di wajahmu sentiasa menjadi kekuatan,
Kekuatan yang meneguhkan dirimu dan juga diri ku.

Kasihmu pada sahabatmu ini,
Dapat ku rasai walau sekadar jelinganmu,
Maafkan andai aku tidak mampu membayar kembali budimu sahabat.

Sungguh dekat dirimu di hatiku wahai sahabat,
Walau jauh beribu batu,
Namun seribu kenangan yang terlukis,
Menjadi potret yang terindah buat ku,
Keindahannya suka duka telah menjadi simpulan,
Ikatan yang mengikat hati kita.

Ku doakan dikau bahgia selamanya,
Andai kita bertemu lagi,
Ku harap dapat lagi kita lalui kembali,
Jalanan suka duka yang dulunya amat sukar dilupakan,
Semoga kita diberiNya hikmah pengembaraan ini,
Supaya janji kita padaNya yang terpatri dijayakan.

_____________________________________________________________________________________

 Credit:Sahabat Muslimeen...;)

Read more...

SUMBER – SUMBER ILMU

>> Saturday 28 July 2012


As-salam dan salam sejahtera sahabat2. Disebabkan hari ni byk masa terluang, maka entri ni pun dpt disiapkn dlm masa yg ‘very2 the fast’. Hehe..
Jd, x nk buang masa dah, meh kita share pasal sumber2 ilmu dlm Islam lak hari ni.

Seperti yang kita maklum setiap ilmu dimuka bumi ini mempunyai bahan rujukannya yang tersendiri begitu juga dengan ilmu dalam Islam yg mempunyai bahan rujukannya sendiri. Antara bahan atau sumber ilmu bagi Islam ialah :
  1.      Al-Quran
  2.      Sunnah
  3.      Akal dan pancaindera
  4.      Fenomena tabii
  5.      Ilham / mimpi

Jadi segala ilmu yang telah diperkembangkan oleh islam semuanya berpandukan dari sumber-sumber ini. Oleh yang demikian islam amat menghormati segala keputusan ilmu yang telah sedia ada.

  •      Al-Quran


Al-quran merupakan sumber rujukan yang terpenting bagi umat Islam. Ia menerangkan semua perkara yang perlu dalam kehidupan manusia. Oleh itu ia juga merupakan sumber ilmu terpenting kepada manusia. Kandunganya meliputi ilmu-ilmu ketuhanan sejarah masa lampau gambaran masa akan datang seperti hari akhirat, qiamat aspek-aspek perundangan politik sains dan sebagainya. Dalam mendidik manusia al-quran menggunakan berbagai bentuk pendekatan bersesuaian dengan keperluan dan kemampuan akal manusia. Al-quran juga adalah pembimbing yang akan memberi panduan kepada manuasia untuk memperkembangkan ilmu mereka. Kedudukan al-quran sebagai sumber ilmu memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Allah S.W.T. sendiri telah menyatakan “Dia” adalah sebagai Yang Maha Alim dan Maha mengetahui firman Alah :

Maksudnya: “ Apakah kamu tidak mengetahui bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa saja yang ada di langit dan di bumi bahawasanya yang demikian itu terdapat dalam sebuah kitab(luh mahfuz). Sesungguhnya yang demikian itu teramat mudah bagi Allah.”

Dalam ayat yang lain Allah berfirman:
Maksudnya: “lalu dijadikan-Nya tujuh langit dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.”

Perhatikanlah ayat –ayat di atas ia dapat menambahkan lagi keyakinan kita kepada al-quran dan Allah S.W.T. sebagai sumber ilmu, ia juga menunjukkan sifat keluasan ilmu itu. Ilmu-ilmu Allah adalah amat luas tetapi malangnya manusia hari ini mudah angkuh dan sombong dengan sedikit ilmu yang dapat difikirkan oleh akal fikiran yang sangat terbatas. Sedangkan ilmu tuhan itu adalah tidak terbatas. Inilah sifat ilmu yang harus difahami supaya dapat melahirkan ilmuan dan intelektual yang bersifat tawaduk.

  •      Al – Sunnah


Sunnah nabi juga merupakan sumber rujukan kita. Rasullullah S.A.W. merupakan seorang rasul yang diutuskan oleh Allah untuk mengajar kita tentang apa yang diketahuinya. Segala yang dinisbahkan kepada manusia samada perkataan perbuatan ataupun pengakuan semuanya merupakan pedoman dan teladan kepada manusia. Inilah sumbangan besar rasul kepada umat manusia. Firman Allah:

Maksudnya: “Sebagaimana kami telah mengutuskan kepadamu Rasul diantara kamu yang membacakan ayat-ayat kami kepada kamu al-kitab dan hikmah serta mengajarkan kamu apa yang belum kamu tahu."


Oleh kerana tugas setiap rasul adalah untuk mengajar kepada manusia tentang kitab dan ajaran-ajaran Tuhan,apa yang diajarkan oleh mereka serta perbuatan mereka juga merupakan panduan dan teladan bagi umat manusia. Rasul-rasul tidak meninggalkan apa-apa harta peninggalan selepas kewafatan. Satu-satumya harta yang ditinggalkan ialah ilmu mereka sahaja. Itu sajalah yang diwariskan kepada umatnya yang termaktub didalam al-quran dan sunnah

  •      Akal dan pancaindera.


Allah telah menjadikan manusia dengan sebaik-sebaik kejadian dari kalangan makhluknya. Ini kerana selain dari memiliki kesempurnaan fizikal manusia juga telah dianugerahkan oleh Allah alat untuk berfikir seperti akal hati dan pancaindera yang lengkap. Alat-alat inilah yang membantu manusia untuk berfikir mengkaji membuat eksperimen dan lain-lain. Walau bagaimanapun akal dan pancaindera semata-mata tidak mampu untuk menemui kebenaran yang mutlak. Oleh kerana akal merupakan ciptaan Allah kepada manusia, maka sebagi makhluk ia bersifat terbatas. Mustahil bagi akal manusia merumuskan jawapan tentang persoalan metafizik tanpa panduan. Jadi fungsi akal tidak boleh secara berdiri secara mutlak. Oleh yang demikian walaupun kita mempunyai akal untuk berfikir namun kita masih perlukan panduan dalam mempelajari ilmu.


  •      Fenomenea tabii


Kita telah mengetahui bahawa Allah menciptakan alam ini sebagai satu anugerah kepada umat manusia. Disitu kita dapat memperolehi manfaat serta mencari pengiktibaran terhadap kebesaran-Nya. Sebagai sebuah kitab Allah yang terbentang luas alam ini menjadi sumber ilmu yg penting untuk manusia. Disinilah peranan akal manusia perlu dimainkan dengan semaksimum yang mungkin serta beserta bimbingan al-quran dan sunnah. Khazanah alam yang kaya raya ini melahirkan banyak ilham kepada manusia untuk meneroka pelbagai bidang ilmu dari masa ke semasa. Dalam firman-Nya:

Maksudnya: "Dialah yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu. Sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya menyuburkan tumbuh-tumbuhan yang pada tempat tumbuhnya kamu mengembala ternakanmu. Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan tanam-tanaman zaitun kurma anggur dan segala macam buah-buahan."

  •       Ilham / institusi / mimpi


Ilham dan institusi merupakan satu daripada sumber ilmu bagi manusia. Ia berlaku kepada sesiapa yang dikehendaki oleh Allah dari kalangan umatnya yang bertaqwa. Sumber ini lebih banyak berkait dengan deria batin seseorang. Ilham ialah idea yang diberikan oleh Allah kepada seseorang untuk melakukan sesuatu atau meninggalkanya.


p/s: cukup utk kali ni..next entri kita share bab jenis2 ilmu dlm Islam.. insyaAllah..(maap,, sblum ni x de penutup..)

kredit:aminnmn

Read more...

KONSEP ILMU DALAM ISLAM




As-salam dan salam sejahtera sahabat2. Hari ni insyaAllah kita mulakan entri pengisian yg ptama. Kita lihat pengenalan dahulu kpd ilmu dlm skop Islam...mai2..!!

PENDAHULUAN

Islam adalah sesuatu yang syumul. Kesyumulan islam membuatkan ilmu-ilmu yang dilahirkan melaluinya menjadi teras kepada penyatuan masyarakat madani. Berbagai-bagai jenis ilmu telah dikaji oleh para ilmuan islam dan telah memberi panduan yang begitu besar kepada umat islam khasnya dan umat manusia khasnya. Konsep ilmu yang meluas menyebabkan islam amat menggalakkan penganutnya menuntut ilmu secara mendalam. Rasullullah s.a.w pernah bersabda bahawasanya `TUNTUTLAH ILMU HINGGA KE NEGERI CHINA`. Ini menunjukkan bahawa ilmu merupakan sesuatu yang mulia di sisi agama dan memperolehinya merupakan sesuatu yang yang amat dituntut dan orang yang berilmu akan dihormati dan disegani.

DEFINISI ILMU


Ilmu adalah bermaksud sistem penelitian, cara berfikir yang sistemetik dan radikal yang mampu untuk merumuskan jawapan yang aktif dan cekap. Perkataan ilmu adalah asalnya dari kalimah arab iaitu “alima” yang beerti mengetahui. Kata asalnya ialah “al-ilm” yang membawa erti “pengetahuan”. Bagi masyarakat kita mereka telah mengaitkan perkataan ini dengan merangkaikan kedua-dua makna menjadi ilmu pengetahuan. Namun yang demikian ianya masih dalam skop makna yang sama.
Professor Syed Mohd Naquib Al Attas dalam bukunya Islam adalah Secularisme mendefinisikan ilmu sebagaimana katanya:

“…. dengan merujuk kepada Allah sebagai sumber ilmu ilmu adalah ketibaan makna ke dalam diri seseorang hasil dari maklumat yang benar.”






Takrif ini menjelaskan beberapa aspek penting tentang ilmu. Antaranya ialah yang berkaitan dengan perbezaan antara ilmu dengan maklumat. Maklumat boleh disamakan dengan pengetahuan. Ia bersifat lebih umum manakala ilmu lebih khusus. Ilmu dikaitkan dengan kegiatan manusia untuk mendapat kebenaran yang pasti tentang sesuatu perkara sedangkan pengetahuan merangkumi semua perkara sama ada ia merupakan kebenaran atau sebaliknya.

Sehubungan dengan itu setiap pengetahuan yang ada pada seseorang manusia perlu disusun secara sistematik. Ia kemudiannya di uji untuk menegluarkan kaedah-kaedahdan hukum-hukumnya melalui jalan pendalilan sama ada akli atau nakli ataupun kedua-duanya sekali. Dengan cara ini dapat membuka pintu-pintu kebenaran dan apa yang terdiri di belakang kenyataan.

TUJUAN DAN KESAN KONSEP ILMU DALAM ISLAM


1.      Mewujudkan masyarakat berilmu.
Dari sini maka lahirlah masyarakat yang berilmu cintakan ilmu dan sentiasa berlumba-lumba untuk memiliki ilmu. Fenomena ini akan melahirkan masyaarakat yang berilmu dan meletakkan ilmu di tempat yang tertinggi dalam sistem hidup mereka.

2.      Melahirkan generasi yang berwibawa.
Sekarang kita menjadi umat yang dipersendakan oleh umat lain tentang kekurangan ilmu dan penguasaan ilmu yang tidak berkonsep, maka dengan adanya atau mengikut konsep yang betul maka akan lahirlah generasi yang berwibawa.

3.      Melahirkan masyarakat yang sejahtera dan harmonis.
Oleh kerana konsep ilmu yang digunakan syumul dan dan sepadu maka akan wujudlah satu masyarakat yang sejahtera dan harmonis

4.      Menjana kekuatan ummah.
Setelah semua diatas berjaya maka akan membantu dalam menjana kekuatan ummah, iaitu yang tidak boleh diperlekeh-lekehkan oleh umat lain.

BUDAYA ILMU

Pengetahuan penting dalam kehidupan manusia. Ilmu menjadi obor menerangi kehidupan manusia. Tanpa ilmu, manusia senang ditipu dan dipesongkan dalam kehidupan mereka. Sesuai dengan konsep ilmu untuk kesempurnaan kehidupan manusia, maka gerakan secara berwibawa dan berterusan harus ditingkatkan oleh kerajaan dan NGO supaya matlamat keharmonian hidup mestilah terpelihara, aman dan tenteram. Bagi NGO budaya,kecemerlangan ilmu dunia dan akhirat hendaklah diprogramkan dan dilaksanakan.

  •      Mengadakan kursus tentang kehidupan dunia dan akhirat secara berterusan kepada NGO budaya.
  •      Mengadakan program latihan yang selari dan selaras dengan Islam kepada aktivitis kebudayaan dan kesenian. Aspek-aspek kesenian ini bukan sahaja boleh meningkat taraf ekonomi setelah dimanipulasikan ilmu ke dalam diri mereka, malah kesenian ini juga dapat memberi kepuasan dii dan kefahaman mereka terhadap pencipta sebenar(Al-Khaliq).
  •      Mengadakan program ceramah tentang kepentingan ilmu kepada masyarakat satu budaya yang perlu diamalkan dalam semua aspek kehidupan harian.
  •      Menerbitkan buku, jurnal dan risalah untuk menggalakkan perkembangan ilmu dalam masyarakat.
  •      Mempertingkatkan budaya membaca dikalangan masyarakat.



KESIMPULAN

Jadi dari semua yang telah kita lihat dan teliti ternyata konsep ilmu dalam dalam Islam banyak membantu dalam perkembangan ilmu-ilmu yang lain dan juga ianya lebih banyak memberikan contoh yang baik dalam teknik belajar dan juga cara penyampaian ilmu yang berkesan dan kesan positif kepada indivdu dan juga masyarakat.


kredit:aminnmn







Read more...

ENTRI TAARUF


بِسْـمِ اللهِ الرَحْمٰنِ الرَحِيْمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Assalamua’laikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, dgn rahmat dan inayah dari Allah, dapat gak sama-sama kita hirup udara yang tiada putus dan tidak pernah diharap bayar pun oleh Allah.

Kami selaku empunya blog b’syukur kerana b’jaya menubuhkan sebuah blog bagi menyiapkan salah satu kerja kursus @ assignment bagi subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia(TITAS).

Tujuan utama penubuhan blog ni adalah kerana  merupakan ‘assignment’ TITAS. Selain itu, kami harapkan agar blog ni dapat berikan & terima atau mudahnya, b’kongsi ilmu b’sama sahabat2 antum sekalian. 

InsyaAllah, kalo diberi kelapangan, kesempatan & umur yang pnjg, blog ni akan diteruskan. Sama2 kita harapkn agar blog ni terus ‘hidup’ utk sama2 kita bkongsi ilmu Allah yang luas dan tidak akan pernah habis sampai le kita mati.

Perkara utama yg nk kami kongsikan dlm blog ni ialah b’kenaan dgn ilmu/pendidikan dlm skop Islam. Diharap segala yg kami sampai dan kongsikan akan mudah difahami.

Sekian je utk kali ni....
kredit: aminnmn

Read more...

Muhasarawak Diri

Ruangan Ini Menghimpunkan Segala post yang membuatkan kita supaya muhasabah diri samada dihasilkan oleh kumpulan kami sendiri ataupom dikopi pasta dari laman web akhi @ ukhti yang lain..Err

Read more...

Assalamualaikum

>> Friday 20 July 2012

بِسْـمِ اللهِ الرَحْمٰنِ الرَحِيْمِ..

Tujuan blog ini ditubuhkan bagi mendedahkan kepada masyarakat tentang sejarah tamadun Islam. Diharapkan supaya blog ini boleh dimanfaatkan sebagai bahan rujukan dan panduan walaupun jelas ternyata isi-isinya di kopi pasta dari laman web lain.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... position:center;

  © Coretan Dari Hamba Allah Si Perindu Tegar by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP