KONSEP ILMU DALAM ISLAM

>> Saturday 28 July 2012




As-salam dan salam sejahtera sahabat2. Hari ni insyaAllah kita mulakan entri pengisian yg ptama. Kita lihat pengenalan dahulu kpd ilmu dlm skop Islam...mai2..!!

PENDAHULUAN

Islam adalah sesuatu yang syumul. Kesyumulan islam membuatkan ilmu-ilmu yang dilahirkan melaluinya menjadi teras kepada penyatuan masyarakat madani. Berbagai-bagai jenis ilmu telah dikaji oleh para ilmuan islam dan telah memberi panduan yang begitu besar kepada umat islam khasnya dan umat manusia khasnya. Konsep ilmu yang meluas menyebabkan islam amat menggalakkan penganutnya menuntut ilmu secara mendalam. Rasullullah s.a.w pernah bersabda bahawasanya `TUNTUTLAH ILMU HINGGA KE NEGERI CHINA`. Ini menunjukkan bahawa ilmu merupakan sesuatu yang mulia di sisi agama dan memperolehinya merupakan sesuatu yang yang amat dituntut dan orang yang berilmu akan dihormati dan disegani.

DEFINISI ILMU


Ilmu adalah bermaksud sistem penelitian, cara berfikir yang sistemetik dan radikal yang mampu untuk merumuskan jawapan yang aktif dan cekap. Perkataan ilmu adalah asalnya dari kalimah arab iaitu “alima” yang beerti mengetahui. Kata asalnya ialah “al-ilm” yang membawa erti “pengetahuan”. Bagi masyarakat kita mereka telah mengaitkan perkataan ini dengan merangkaikan kedua-dua makna menjadi ilmu pengetahuan. Namun yang demikian ianya masih dalam skop makna yang sama.
Professor Syed Mohd Naquib Al Attas dalam bukunya Islam adalah Secularisme mendefinisikan ilmu sebagaimana katanya:

“…. dengan merujuk kepada Allah sebagai sumber ilmu ilmu adalah ketibaan makna ke dalam diri seseorang hasil dari maklumat yang benar.”






Takrif ini menjelaskan beberapa aspek penting tentang ilmu. Antaranya ialah yang berkaitan dengan perbezaan antara ilmu dengan maklumat. Maklumat boleh disamakan dengan pengetahuan. Ia bersifat lebih umum manakala ilmu lebih khusus. Ilmu dikaitkan dengan kegiatan manusia untuk mendapat kebenaran yang pasti tentang sesuatu perkara sedangkan pengetahuan merangkumi semua perkara sama ada ia merupakan kebenaran atau sebaliknya.

Sehubungan dengan itu setiap pengetahuan yang ada pada seseorang manusia perlu disusun secara sistematik. Ia kemudiannya di uji untuk menegluarkan kaedah-kaedahdan hukum-hukumnya melalui jalan pendalilan sama ada akli atau nakli ataupun kedua-duanya sekali. Dengan cara ini dapat membuka pintu-pintu kebenaran dan apa yang terdiri di belakang kenyataan.

TUJUAN DAN KESAN KONSEP ILMU DALAM ISLAM


1.      Mewujudkan masyarakat berilmu.
Dari sini maka lahirlah masyarakat yang berilmu cintakan ilmu dan sentiasa berlumba-lumba untuk memiliki ilmu. Fenomena ini akan melahirkan masyaarakat yang berilmu dan meletakkan ilmu di tempat yang tertinggi dalam sistem hidup mereka.

2.      Melahirkan generasi yang berwibawa.
Sekarang kita menjadi umat yang dipersendakan oleh umat lain tentang kekurangan ilmu dan penguasaan ilmu yang tidak berkonsep, maka dengan adanya atau mengikut konsep yang betul maka akan lahirlah generasi yang berwibawa.

3.      Melahirkan masyarakat yang sejahtera dan harmonis.
Oleh kerana konsep ilmu yang digunakan syumul dan dan sepadu maka akan wujudlah satu masyarakat yang sejahtera dan harmonis

4.      Menjana kekuatan ummah.
Setelah semua diatas berjaya maka akan membantu dalam menjana kekuatan ummah, iaitu yang tidak boleh diperlekeh-lekehkan oleh umat lain.

BUDAYA ILMU

Pengetahuan penting dalam kehidupan manusia. Ilmu menjadi obor menerangi kehidupan manusia. Tanpa ilmu, manusia senang ditipu dan dipesongkan dalam kehidupan mereka. Sesuai dengan konsep ilmu untuk kesempurnaan kehidupan manusia, maka gerakan secara berwibawa dan berterusan harus ditingkatkan oleh kerajaan dan NGO supaya matlamat keharmonian hidup mestilah terpelihara, aman dan tenteram. Bagi NGO budaya,kecemerlangan ilmu dunia dan akhirat hendaklah diprogramkan dan dilaksanakan.

  •      Mengadakan kursus tentang kehidupan dunia dan akhirat secara berterusan kepada NGO budaya.
  •      Mengadakan program latihan yang selari dan selaras dengan Islam kepada aktivitis kebudayaan dan kesenian. Aspek-aspek kesenian ini bukan sahaja boleh meningkat taraf ekonomi setelah dimanipulasikan ilmu ke dalam diri mereka, malah kesenian ini juga dapat memberi kepuasan dii dan kefahaman mereka terhadap pencipta sebenar(Al-Khaliq).
  •      Mengadakan program ceramah tentang kepentingan ilmu kepada masyarakat satu budaya yang perlu diamalkan dalam semua aspek kehidupan harian.
  •      Menerbitkan buku, jurnal dan risalah untuk menggalakkan perkembangan ilmu dalam masyarakat.
  •      Mempertingkatkan budaya membaca dikalangan masyarakat.



KESIMPULAN

Jadi dari semua yang telah kita lihat dan teliti ternyata konsep ilmu dalam dalam Islam banyak membantu dalam perkembangan ilmu-ilmu yang lain dan juga ianya lebih banyak memberikan contoh yang baik dalam teknik belajar dan juga cara penyampaian ilmu yang berkesan dan kesan positif kepada indivdu dan juga masyarakat.


kredit:aminnmn







0 Apa Kata Anda..??:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... position:center;

  © Coretan Dari Hamba Allah Si Perindu Tegar by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP