TOKOH ILMUAN ISLAM - AL-JAZARI

>> Sunday 5 August 2012


TOKOH ILMUAN ISLAM DALAM BIDANG 

KEJURUTERAAN
Assalamualaikumwarahmatullah dan salam sejahtera...
Insya-Allah..pengisian artikel kali ini, kami ingin berkongsi ketokohan seorang sarjana Islam yang sangat terkenal dalam bidang Kejuruteraan.Beliau ialah Abu al-‘iz ibn Ismail ibn al-Razaz al-Jazari.. Ataupun nama singkatnya : al-Jazari

Sedikit pengenalan latar belakang:
    • a) Beliau dinamakan bersempena dengan nama kawasan kelahirannya; Al-Jazira
    • b) kawasan utara Mesopotamia
    • c) Seperti ayahnya, beliau merupakan seorang artis seni pertukangan,
    • d) oleh itu beliau sebenarnya lebih kepada jurutera praktikal berbanding jurutera yang mementingkan toeri dan kira-kira.
    • e) Menerbitkan sebuah buku yang bertajuk   Book of Knowledge of Ingenious Mechanical Devices.Dalam buku tersebut,beliau mempamerkan 50 alat mesin dan cara pembuatannya.
    • f) Antara hasil kerjanya yang terkenal ialah dalam pembuatan mesin Automata (mesin yang bergerak sendiri melalui kesinambungan mekanisma peralihan tenaga dalam sesuatu sistem).Mesin-mesin automata ini pula digabungkan dengan konsep keseniaan yang akhirnya menghasilkan konsep teknikal yang indah.
    • g) Dalam sejarah Barat;beliau dikenali dengan nama Father of Robotics.
     
Contoh-contoh hasil kerja Al-Jazari:
Kincir Air



Automata Musik
Apa yang antum lihat ialah patung-patung kayu tersebut akan memainkan alat muzik masing-masing apabila air dialirkan


Alat mengangkut air
 Konsep-konsep yang digunakan oleh al-Jazira kebanyakannya menggunakan tenaga daripada air.
Kesemua contoh-contoh alat ini sudah cukup membuktikan betapa gemilangnya Sarjana Islam pada masa dahulu.Sehinggakan al-Jazira digelar Father of Robotics oleh ahli Sains moden. 
Semoga kita bersemangat kembali untuk terus membangun dan menyumbang kepada Kemajuan dunia akhirat manusia sejagat..Khususnya untuk kemjuan umat Islam..
Wallahualam..

[rujukan:wikipedia.com]


Kredit:blog and the geng

0 Apa Kata Anda..??:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... position:center;

  © Coretan Dari Hamba Allah Si Perindu Tegar by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP