Tutorial nak block manusia yang suka curi wifi..

>> Friday, 28 December 2012

Assalamualaikum,salam sejahtera dan salam satu Malaysia..
*Malaysia Boleh..!!*
Ehemm..-.-


Disebabkan da tak taw apa nak buat banyak sangat kerja sebenarnya dan terlalu banyak tekanan..Lalu saya bernafsu bercadang untuk menyambung post tentang tutorial yang terkandas begitu lamanya pon akibat tahap kemalasan yang amat Gabannya pon tinggi..
*Awat hg ni qeja dok merapu ja..Cepat la..*

Err..OKe..Kalut nak p mana taw..-_-

OKe pertama sekali macam biasa bukak setting page utk router anda..
Ohh..Anda terlupa ya..Nahh klik sini..Kalau malaih sangat skrol je la kebawah kt homepage..=,=
X bole bukak jugak setting page tuh..??Uh oh..Korg pakai Unifi eh..??
Nah klik sini..Terima Kaseyh


1)Lepas tu klik tab advanced



2)Lepas tu klik MAC filtering


3)Haa..Tang ni kena hatiII cket..Kang terblock diri seniri..Hahaha
  • Tanda 'Enable wireless MAC filtering' dulu.
  • Dan tanda only DENY computers listed will be blocked to access wireless network.
  • Den masokkan MAC address insan yang mencuri wifi anda.
*Jap..Camna nak taw mac addres insan tersebut..*
Adududu..Sudah diterangkan oleh saya pada 16 disember sebelum ini..Eishh
tgok balek kat sini..(Jgan amik ati noh..Melawak ja...Why so serious when u have cokiII and ayaq kelapa)
4)Lepas tu klik apply dan selesai..
Waaa..Tahniah..Anda berjaya memBlock insan yang mencuri wifi anda..!! ;D
Dummm daammm pommmm..#Bunyi bunga api

Oktengsbai..:P



Read more...

Tutorial Nak Taw siapa curik wifi..

>> Sunday, 16 December 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
*Awat sekarang baru nak bagi salam..??!!*
Eishh...OKeII..Foine..Ehemm
Disebabkan da tak taw apa nak post..Banyak sangat masa terluang gitu..Saya menDecidekan untuk berkongsikan sedikit ilmu tentang asas pasai wifi ni..Untuk streamyx ja la noh..Kalau yang lain,Sori to say..
Tidak mampu ditolong..Maaf II..(_ _ )
*Woi..Apa hang merapu-ripan ni..!!Cepat la mula tuto..!!*
Err..BaikII..-.-

Ehem..First sekali bukak browser anda iaitu Mozilla or Google chrome..Kalau Internet Explorer tak pasti la bole ka dak saya ni anti sikit IE ni..Apa yang saya taw Internet Explorer hanya digunakan untuk download Mozilla Firefox dengan google chrome..Hahah..Ehemm.-__-.
OKe da bukak browser..??

1)Lepas buka browser
Paihtu dekat URL tulih 192.168.1.1..
*Kenapa URL kena 192.168.1.1..??*
Soalan yang bagoss..Emm..Itu adalah default IP adress untuk wifi anda..ada lagi satu kalau x bule tulih 192.168.1.2..Setakat ni tak pernah tengok lagi Default IP cmtu..Untuk maklumat lebih lanjut..Tanya la Pak Cik Google..~~






*Op kos la kat situ URL kan*
Emm..Tapi ni yang tak taw ja.Da taw diam..:P

2)Lepaih tu anda akan masok page utk setting router anda

Dan untuk username dengan pasword bagi yang dah terlupa,Tulis ja tmadmin ataupun tmuser(Bergantung kepada jenis router anda) untuk username dengan paswed sekali.Nak maklumat lanjut pasai username ngan paswed tuk router kli sini..Terima Kaseh..~~
Tak bole bukak jugak..??
Ermm..Haa..Nah,klik tang sini noh
Kalau login page TM hampa lain,tu tak jadi masalah..Sama ja konfigurasi dia,cuma beza versi software pa tah..Kalau nak taw jugak..Carik pak cik google jgak..Ekeke..;D

3)Da lepas..Ehh..Jangan takot dan jangan gelabah..TM x akan datang untuk tangkap anda aih...Eheh.Ngoi
-..-
Tahniah kepada anda sebab da bukak page TM..Pomm pomm..!!#Bunyi bunga api

4)Oke..Buang sket rasa bangla bangga tu dan tekan device info paihtu tekan DHCP..

DHCP tu dalam kata atau arti lainnya Dynamic Host Configuration Protocol yang berfungsi sebagai konfigurasi automatik digunakan bla bla bla..-__-

Senang cerita KomputerII yang telah masokkan paswed wifi tersebut..Nahh..
Nmpak nomborII tu kan..Haa ni petunjuk dia kalau yang x nampak aka rabun(memang x nmpak pun..)Bole klik jah kt gmbaq tersebut utk paparan lebih jelas.

1)Hostname..
-Lebih kurang nama komputer la..Macam Ali-PC,Abu-PC,Seman-PC
*Tapi mcm mana kalau saya x taw nama komputer saya*..
Emm..Oke..Kat my computer anda right click dan tekan properties..Haa..Carik la seniri..Mampoi la saya nak wat printscreen banyakII..Maklom la org peMALAS..Hehh..^^"

2)Mac Address..
-Mac address ni macam alamat bagi komputer kita la..Setiap network card dalam komputer ada MAC address dia yang tersendiri..Untuk maklumat lebih lanjut..Tanya pakcik google..-.-


3)IP address..
-Ia macam Alamat Internet Protocol kita(memang la.-_-.)..Setiap komputer yang dah sambung ngan internet akan ada IP addres dia sendiri..Xdak internet x dak IP address..No money No talk..Ehh

4)Expires in..
-Expires in ni dia macam ajaq caraII nak buat kuih tradisi Jepon..Ehh..
Heheh..Yg hat ni carik la seniri kt pakcik google nohh..:P

*Emmm..Selama abang merapu sepanjang post ni..Mana dia caraII nak taw sapa curik wifi..??*

Erk..Haihh..-__-
Baiklah..First sekali tengok tengok hostname..Kalau anda rasa
Macam.."Ehh..Aku x penah tengok pon komputer nama ni kt wifi aku.."
Jeng jeng Jeng jeng..Ehemm

Kalau anda tak pasti..Macam sebelom ni kawan hampa singgah rumah paihtu pinjam wifi hampa jap..
Sila tutup wifi anda dulu..Tunggu lima saat bukak balek..Senarai DHCP client akan direset balek macam gambar ni..
[Macam ni kot..X berapa ingat la.yg ni edit je.Haha..^^"]

Dan kalau ada jugak nama komputer anda tidak kenal dekat DHCP..Maksodnya wifi anda diHACK oleh manusia tersebut..Umphh..Jangan marahII..Tarik nafas..Hembuihh..
*Bang..Camna nak block manusia ni..??*
Yaa..Soalan yang baguih..CaraIInya anda perlu cari kain kapan paihtu balut wifi anda..Ehh..
Tunggu Entri lepaih ni la noh "Cara-cara nak block manusia yg suka curik wifi anda.."

O ya..Kalau ada yang x puaih hati or ada masalah..Jangan panik..Bagi taw ja sebab nenek sebelah rumah belah jiran belah mak tiri kepada anak saudara saya penah habaq kalau sesat jalan kena tanya..Hehh
Oke..Beeh...Assalamualaikum
BABAI..!!







Read more...

Rindu sama Femili kamu..??Naahh

>> Saturday, 8 December 2012



      [Ya..Ini pemandangan Kuala Perlis..Subhanallah.Cantik kan..?.:)] 


Di kala memikirkan apa yang hendak dimakan bagi brunch(Breakfast+Lunch) dengan kafe dan gerai makanan di Kampung Wai,Kuala PerthLiss yang banyak tak bukak sambil membayangkan Nasi yang berlaukkan Ayam bersama kuah kari daging buatan mamakians dan dicampur kicap cap udang yang masih fresh..Gulp..
Tiba-tiba hati terpikir nak menulis sesuatu walaupun tengah demam.Masa ni jugak la otak keNovelan berbaur kejiwangan mula berbunga-bunga.-.-

Ehem..Walaupon perkara itu anda tidak perduli dan langsung tidak mahu amik tahu..Tidak diperdulikan oleh saya kerana pembacanya hanya diri saya sendiri..Koff koff *Peluh Besar*..

BAIKLAh..Berbalik kepada tajuk tentang femili atau keluarga yang agak menarik barangkali.Sebelom tu..Padia maksod femili..??
tudia baq hang..Loqat utaqa siket..Ehem..Maksod keluarga ialah seisi rumahtangga yang terdiri daripada suami,isteri atau berserta anak-anak atau saudara mara atau kaum kerabat atau sanak saudara..
"Kenapa tiba-II nk cita pasai keluarga ni..Eh,xnak tacing2.!Cita pasai len.."
Err..Dah tu bila lagi..??Xkan nak crita pasai atromen bergusti lengan dgan kamen rider pulak..Heyoo..
-__-"

"Emmm..Femili..??Kenapa femili eh..??"
Yaa..Soalan yang bagus setakat ini...X taw la macam mana bule tiba-II t'pikiaq pasai tajok ni..-.-..Bila bercakap pasal keluarga,pasti hati terdetik rasa rindu terutamanya geng-II orang kampung yang merantau jauh,mencari ilmu di kota..Tapi,sejauh manakah rasa rindu itu..??Adakah rasanya seperti dibaling batu konkrit cap Ah kong construction.?Atau seperti dicubit oleh cikgu matematik akibat tak siap kerja sekolah..??
"Tu tak penting bro..Yang penting hati"
Err.Oke..MaaF-II..Yeah..Betoi yang penting hati kita..
Tapi pernah tak kita terpikir waktu kita kecik sampai la besaq gajah,setakat ni macam mana hubungan keluarga kita.?
Masih rapat.?Ataupon sebaliknya.?
Memang..Sebab Hubungan kekeluargaan ni diibaratkan seperti setandan pisang,Bila tak masak atau masih hijau memang rapat sangat..Tapi bila dah masak,masing-II berjarak sesama sendiri.
Oleh itu..Kepada anda yang masih muda,masih belum pergi ke asrama dan masih belom pernah rasa berjaohan lgi dengan femili...Ingat la,hargai la waktu anda yang sedia ada dengan ayah mak,adik beradik walaupun selalu sebok..Bagi yang selalu bergaduh dengan adik sebab berebut coki2 ngn ayaq kelapa..Insaflah sbb bila lama tak jumpa,adik yang kita selalu bergaduh jugak yg kita rindu..Hehh

Minta maaf lahh jikalau anda tidak memahami apa yang hendak saya katakan karena diri saya yang marhaen ini amat lah lemah dalam menyampaikan sesuatu sebab dalam banyak2 mata pelajaran..Sastera la yg paling saya lemah..Err.*Peluh besar.-__-

Baiklah..Justeru itu saya memohon kepada institusi keluarga supaya kita sama-II berusaha membina sebuah keluarga yang sakinah.Dari itu berakhirlah ucapan saya yang bertajuk keluarga bahagia pembimbing persepaduan ummah,,"Ehh..Gedik la mamat ni.."
*Ehemm..Jangan tergedik-gedik untuk maksiat sudah..
Emm..Sebelum tu ada siapa-II tak yang bernafsu berniat untuk bagi soalan..??


*Krik Krik kriK

Err..Baiklah..Saya akhiri ucapan saya dengan Assalamualaikum...!~ -.-


"Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang-orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).[Al-Ahzaab:74]"


Read more...

Salahkan Siapa..??

>> Friday, 9 November 2012




Disebabkan cuti semester yang berlangsung selama sebulan lebih dan saya tidak tahu nak buat apa..
Jaadi..Saya dengan rasa sedih Nerdnya akan menukilkan sesuatu sebagai renungan buat kita semua meskipun dengan cara KEKERASAN
Maaf atas keGEDIKan saya sendiri..Koff..-..-

Baiklahh..Tajuk blog kita pada hari ini adalah tentang membuat kebaikan.
Sebelom tu saya mempunyai soalan buat anda..
Pernah tak terjadi kepada kita perkara ini:
1)Kita tolong orang,kita pulak yang dipersalahkan.
2)Kita selalu menghabiskan masa menyebarkan kebaikan tapi dimaki oleh masyarakat.
3)Apabila kita jaga hati orang tu,tapi orang tu x pernah dak nawaitu saumaghodin pon nak jaga hati kita..
4)Kita pernah mengarapkan kepada manusia,tetapi sering dikecewakan

Siapa yang tak Sakit hati bila jadi macam ni kan...
Dann..Bila perkara ini terjadi,mula la nak meragam..Salahkan kehidupan kita la dan apa2 yang bule dipersalahkan..Haiss,Manusia,(_ _")

Ehem..Mesti la perkara @ situasi pernah terjadi kat kita sebab kita ni manusia biasa yang tak sempurna dan pasti terganggu emosi apabila diduga dengan apapun cabaran.
Dannn,Pada pendapat saya ini cara penyelasaiannya..(Sebagai renungan untuk kita..^^V)
Ehemm..cuba kita tanya diri kita sendiri
-untuk siapa kita kita buat perkara tersebut..??
-Ikhlaskah kita melaksanakan kerja tersebut..??
-Apa kita minta balasan atas apa yang kita kerjakan..??

Apa-apa pun kerja yang kita buat ni segalanya bermula dari niat kan..^^
Kalau kita buat semua perkara dengan iklhlas..Emm..Apa tu ikhlas eh..??
Ehem..Maksud ikhlas ialah:


" melaksanakan taat semata-mata kerana Allah sendiriNya, bukan di maksudkan memperolehi kebesaran dari manusia, ataupun penghormatan. Dan bukan pula untuk memperolehi sesuatu keuntungan dunia atau menolak sesuatu bencana keduniaan."  
(sumber-Pak cik Google)


Dan ikhlas ni pulak ada tahap dia..

1. Melaksanakan ibadah kerana takut akan azab.
2. Melaksanakan ibadah kerana membesarkan Allah.Kerana merasai  
    kehebatan Nya. kerana menuruti dan akur akan seruan Nya dan tiada
    pula terlintas di hati sesuatu maksud lain
(sumber-Pak cik Google jugak..;D)

Dan bila kita buat kerja dengan ikhlas keranaNya..Sudah pastinya tiada masalah jika kita diuji denga hebat mana sekalipun kerana kita sedar Allah sedang menguji kita.Dan disetiap ujian itu jika kita bersabar Allah akan gantikan perkara itu dengan sesuatu yang lebih baik.Syiok dan Ohsem kan bila buat kerja dengan niat yang ikhlas keranaNya..:D

KESIMPULANNYA(SORI caps lock rosak..c(:..),apabila kita nak buat sesuatu benda yang baik dan ketika itu kesabaran kita diuji,ingatlah
Jangan menyesali kebaikan yang telah kita lakukan meskipun kebaikan itu dibalas dengan kekecewaan. Kerana menyesali suatu kebaikan itu hanya akan mengurangi nilai kebaikan tersebut kebaikan itu sudah kita lakukan..
Yakinlah perbuatan baik yang kita lakukan INSYAALLAH akan dibalas oleh ALLAH SWT dengan yang lebih baik...[Google]
Dannn taw x..


Ruginya kita tak diduga oleh allah dengan ujian yang berat kerana itu menunjukkan iman kita x bersedia dengan ujian yang berat.[apg]

"Oleh itu,Allah memberikan mereka pahala dunia(kemenangan dan nama yang harum),dan pahala akhirat yang sebaik-baiknya(nikmat syurga yang tidak ada bandingannya).Dan(Ingatlah),Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan".[Al-'Imran:148]

[credit:Dato' Sir John Maliki Hoeng Alexender Gram Hall II]..-,-

Read more...

Reti Bersyukur x..??

>> Sunday, 14 October 2012



Bismillah...
Assalamualaikum..Kepada semua pembaca walau hakikatnya hanya saya seorang pembacanya-,-,Tiba2 tangan ni rasa gatai nak tulih meskipun isinya merapu namun padat dengan sambal cencaluk Pak Abu ..Wahah..XD

Ehem..Disebabkan kesibukkan yang terlampau GABAN dengan nak buat report PBL la,nak study untuk final la dan macam2 segala bagai..NAMUN,,!! Kesibukkan itu berakhir juga kerana berakirnya final exam dan cuti semester telah bermula..Dengan itu berakhirlah bebanan untuk semester 3 ini..Rasanya seperti membuang air besar selepas menahannya selama setahun.WaHAhah..#Oke,,Over sangat disitu..-__-..



Minta maaf di atas kemerapuan saya disebabkan perasaan keEXCITEDan final exam da habes masih belom hilang..Dia kena tunggu keluaq result exam nanti baru nak hilang kot..:D
Ehem Ehem Ehem..Siries2,Kte xde mse main2 ni...-..-

Berbalik kepada tajuk setelah merapu ripan..
Tajuk belog pada malam ini adalah "Reti Bersyukur x..??"



Kepada pembaca yang masih BLURR dan tertanya-tanya "Bersyukur tu menatang pa..??"
Nah..kami bagi maksud dia...Op Opp..Tapi sebelom tu pernah tak kita pikiq maksud sebenar syukur tu..??

Ada yang habaq syukur tu perkataan yang sering di ucapkan oleh manusia apabila mendapat apa yang di hajati..Tapi betul ke maksud dia macam tu sampai ada orang yang menggunakan istilah bersyukur itu tidak kena pada tempatnya..Sebagai contoh "saya bersyukur kepada Allah kerana dapat projek ni"Sedangkan projek tu di perolehi dengan cara rasuah ATAUPUN ayat ni:"Saya bersyukur kepada Allah kerana terpilih masuk ke peringkat akhir pertandingan MENTOR"(Bersyukur kerana dapat masuk peringkat akhir pertandingan menyanyi)Apakah aka Pelik Tapi benar edisi liveshow..??
-,-
Ehem..Macam ni la..Makna bersyukur yang sebenarnya ialah "Tidak menggunakan segala kurniaan yang Allah berikan pada kita untuk derhaka kepadaNya"Sumber dari Al-Hijrah (30 minit ustaz Don)..Ye ke..??Sori kalau salah,siries x engat.. 
-,-


Tujuan saya Post bukanlah untuk menjatuhkan maruah mana-mana pihak..Tapi disebabkan saya terbaca status yang diupdate di muka buku oleh anak muda (Bajet macam aku ni org tua ja..-__-)..Yang bertulis
"Hari ni balek rumah..Duduk dengan parents yang membosankan..:/"

"Hari isnin..Kena pergi sekolah..T__T"


Bukanlah maksud saya memalukan mana-mana pihak..Bukan..Ketepikan judgemental kita..Dan terima dengan fikiran yang terbuka..Bukan kerana saya ni manusia sempurna yang tak pernah buat dosa..Kita sebagai manusia biasa pernah buat kesilapan dan harus saling menasihati..Berbalik kepada tajuk..
Ada jugak la rasa marah ni bila dia habaq duduk RUMAH dengan IBU BAPA yang membosankan..
Kepada anda..Tidakkah anda terfikir ramai lagi insan yang tiada tempat tinggal dan merempat tepi jalan inginkan rumah tempat untuk berteduh dan berehat yang selesa seperti yang kita ada sekarang ini..??
Tidakkah anda terfikir ramai lagi insan yang tidak mempunyai ibu bapa atau anak yatim piatu yang dahagakan kasih sayang dari ibu bapa..??

Lepas tu yang habaq hari isnin pergi sekolah dengan wat muka sedih
Tidakkah anda terfikir ada insan yang ingin menimba ilmu dan bersekolah seperti kita tetapi terpaksa melupakan hasrat mereka disebabkan kekangan wang dan terpaksa membantu ibu bapa mereka bagi mencari secebis rezeki.


Bukanlah saya marah..Tetapi cuba mengingatkan kita semua dengan cara yang aman ..
#Kacang Pis tanpa Perang..-___-V

Tapi..Cuba anda fikir..Takkan nak tunggu Bila Allah tarik nikmat kita..Baru la taw nak hargai nikmat yang Allah berikan.MasyaAllah.T___T..

Jadi kesimpulannya,Nikmat ni Allah bagi kepada sesiapa yang Dia kehendaki...Jangan la bila Allah tarik nikmat kita..Baru la kita nak merasai makna sebenar ERTI SYUKUR..:)

Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.[Ibrahim:034]

Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.[An-Nahl:018]

[credit:Dato' Sir John Maliki Hoeng Alexender Gram Hall II]..-,-

Read more...

Saje bosan2 sebagai pedoman untuk kita

>> Saturday, 15 September 2012

Hadis Sahabat Nabi Saw

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW: Berdoalah kamu kepada Allah dengan penuh yakin bahawa doa kamu diterima. Ketahuilah! Bahawasanya Allah tidak akan menerima doa seseorang yang hatinya lalai (ketika berdoa). Mengingati yang lain selain daripada Allah. (HR Tirmizi)
Credit By: FISHCAT 

Read more...

Cerita Kedai Milo 3.0

>> Friday, 14 September 2012

                                    

Saya Nak Jadi 'HOT' Kat Mukabuku boleh..??


Selang dualang tigalang empatlang(Berapa banyak 'lang' la..-_-) beberapa hari dengan rasa bangganya dan bongkaknya cerita kedai milo 3.0 di hidup dan dijana..WAHAHAHa..Mcam versi android lak macam 1.0 cupcake,
1.6 donut,
2.1 eclair,
2.2 froyo(Frozen Yogurt),
2.3 gingerbread,
3.0 Honeycomb,
4.0 Ice Cream Sandwich,
4.1 Jelly bean...Pasti kepala anda terpinar-pinar kan karena memikirkan..Apakah "BINATANG" ini..??

Lupakan kerana tak masok soalan SPM(Soalan Padang Mahsyar) pon..Tapi jikalau anda berkeras juga ingin tahu..Silalah tanya Pak Cik Google..Tak pon Atok Wikipedia..Ekekek.:D

Oke patah balek kepada prediket subjek kita tentang tajuk "Saya nak jadi 'HOT' kat mukabuku boleh..??

Hmm..Disini kami sediakan tutorial mudah kepada perempuan yang ingin menjadi 'HOT' di Muka buku seperti banyak orang like status.photo dan segala mak bapak yang mampu di like dimuka buku..

Ehem..Mcam ni la.X susah nak jadi hot kat muka buku,si perempuan tu cuma perlu dedah sana sini,selak sini sinun cket,Ketat sana ketat sini...Haa..Kompom Ramai laki datang ngorat...Cuma satu perkara sahaja yang anda perlu tahan.Azab api neraka yang HOT.*Gulp,siapa yang boleh tahan kan..(_ _")
[Gambar Hiasan yang telah diedit dengan letak sambal belacan dicelur bersama kicap cap kipas udang..err.-,-]


Biar tak 'HOT' di muka buku kerana orang yang 'HOT' di muka buku dengan banyak gambar-gambar yang dedah sana sini,selak sana sini lepas tu lelaki komen 
"Waah,,Kiut..I suka la..<3"
"Awak ni cantik larhh..;)"
"Hai...Kiutnye dia..;D"


Dan ada jugak spisies yang special dan istimewa

"""Hai..Awak kiut la..Jom dating ni no. phone saya 01X-XXXXXXX"""

[Boy,That escalated quickly]

Siriesly..Pujian-pujian dari lelaki-lelaki tersebut sepatutnya suami yang patut berikan..Yedak..??
Kepada yang terasa,terpilu,tergatal-gatal,TERbersin-bersin sambil terkentut-kentut dengan pos ini..Minta maaf naa..Bukan karena saya jelez atau dengki atau hasad.Memang saya akui orang sebegitu 'HOT' di mata manusia.Tapi bagaimana dilangit tujuh adakah kita popular disana..??

Adakah kita akan dipandang hina disana...??Na'uzubillah..T__T

Biarlah kita tidak terkenal dimata manusia,asalkan popular dilangit tujuh..Kan2..?? ^^

 "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan..."
[Luqman :8]

[credit:Dato' Sir John Maliki Hoeng Alexender Gram Hall II]..-,-  


Read more...

Hingga Ke akhirnya

>> Wednesday, 12 September 2012


[kredit]

Pernah mengalir di pipi ini,
Deras kekesalan yang menginsafkan,
Seusai perjalanan dari lembah kehinaan,
Terasa kembalinya jiwa ini di atas jalanNya,
DiberikanNya nikmat keinsafan tepat pada detiknya.

Bagai dijirus cahaya ketenangan ke wajah ini,
Lantas tersedar dari daerah yang menjauhkan menuju kegelapan,
Damainya dirasa umpama lapangnya dari dari kesempitan jiwa,
Yang dahulunya pernah menghimpit diri ini yang merindui ketenangan.

Semoga rasa hati ini terus  tersemat dan berkekalan,
Bersemi penuh gemilang di halaman taman hati ini,
Sehinggalah tiba saatnya jasad dan roh ini menitikkan pertemuannya,
Menuju ke alam abadi.

[Kredit:Sahabat Muslimeen ;D]




Read more...

Cerita Kedai Milo 2.0

>> Tuesday, 11 September 2012

                                                                         
[Krik Krik Krik(bunyi cengkerik)]

Dengan terdapatnya bunyi cengkerik ni,Jelas menunjukkan bahawa kesunyian blog ini dapat dirasai walaupon dah memang sunyi.Ehh.-.-

Disebabkan kesibokkan yang melampau dan mepenang melangkawi batas dengan final exam nak dekat,banyak report nak kena hantar,banyak assignment nak disiapkan.............Haihhhh*sigh -,-

Walaupun kita ni sebagai manusia dilanda kesibokkan yang tahap nya adalah GABANN,itu tidak boleh jadi penyebab alasan untuk kita jauh daripadaNya.Kerana tanggung jawab kita sebagai manusia aka hambaNya tetap perlu dilaksanakan.Eheh.;D





"Kemudian apabila engkau telah selesai   (daripada sesuatu ibadah), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan ibadah yang lain). Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (terhadap apa yang engkau gemari dan ingini)"
 [Al-Insyirah 7-8:]


[credit:Dato' Sir John Maliki Hoeng Alexender Gram Hall II]..-,- 


Read more...

JENIS-JENIS ILMU - SEKTOR 2

>> Saturday, 11 August 2012


As-salam dan salam 1 Malaysia.. (bosan,, asyik salam sjahtera je)
Da pun masuk 23 ramadan.. dan kita da masuk fasa ke-3 ramadan; pelepasan dari api neraka.. so, tnye diri kita; "ape yg aku da buat sepanjang ramadan kali ni..?" "tmbh @ kurang @ same je..?"
moga2 btambah la ye..
ok,, let's continue our class.. ceh.. mai2..!!


2.      ILMU FARDHU KIFAYAH

Ilmu fardhu kifayah adalah ilmu yang wajib dituntut untuk menyempurnakan disiplin serta perilaku manusia di atas muka bumi ini. Diantara ilmu fardhu kifayah yang asas atau umum termasuklah seperti di bawah.

a)Ilmu Riyaddiyah

Ilmu ini ada konteknya dengan Ilmu Hitung, Ilmu Hindasah(geometry) dan Ilmu Bumi Alam. Tiada satupun ilmu-ilmu ini yang ada konteknya dengan perkara-perkara agama,baik ditetapkan mahupun tidak ditetapkan,bahkan ilmu-ilmu ini hanya dalil-dalil belaka yang tiada cara lagi untuk mengingkarinya sesudah terlebih dahulu faham dan jelas. Para sarjana Islam telah berusaha mengumpul bait-bait ilmu untuk kesenangan hidup umat yang akan datang. Huraian-huraian yang termaktub amat sesuai dengan pandangan Islam seperti ilmu-ilmu riyaddiyah ini :

·         1) Ilmu hitung/ilmu hisab

Kecintaan orang-orang Islam kepada Ilmu a`I-adad dan Ilmu hisab adalah mempunyai hubungan langsung dengan inti ajaran Islam iaitu `tauhid`. Tuhan adalah satu dan nombor satu adalah suatu lambang mengenai sumbernya. Nombor-nombor yang lain melambangkan anak-anak tangga yang dengannya manusia dapat naik dari dunia yang beraneka ragam ini kepada yang satu. Buku-buku para sarjana Islam seperti`Al jam`wa`l-tafriq oleh Ibnu musa Al-khawarizmi sangat mempengaruhi dunia barat. Al-biruni juga banyak mempelajari dan menulis banyak buku-buku mengenai siri dalam Ilmu Hisab. Kalshani seorang pakar Ilmu Hisab Parsi juga tekah mencipta pecahan dan cara menghitungnya seperti di dalam kitab Miftah Al-Hisab(kunci bagi Ilmu Hisab).



·         2) Ilmu alam bumi

Islam mensifatkan alam sebagai tanda lambang, semboyan atau gambaran Islam. Ahli sains Islam tidak bekerja dalam satu dunia di mana Tuhan dipisahkan daripada apa yang diciptakan-Nya. Mereka tidak mengemukakan dalil –dalil seperti kesamaan(uniformitarianism) atau evolusi biologi mengufuk(horizontal biological evolutio) yang dianggap sebagai kenyataan sains tetapi sebenarnya merupakan cara di mana manusia yang telah disekularkan mengisi kekosongan yang ada akibat daripada membuang Khaliq daripada ilmunya. Tidak seperti sarjana-sarjana Islam seperti yang ilmunya berdasrkan Islam seperti Al-biruni dengan teori batu-batunya,yang menulis dalam Tahqiq ma li`l-hind bahawa Dataran Gangga di India adalah sebuah longgokan mendak sama seperti Ibnu-Sina yang menjelaskan tentang kejadian batu mendak.

b)Ilmu Mantiqiyyah

Ilmu ini juga sama sekali tidak ada konteksnya dengan agama, baik ditetapkan atau tidak ditetapkan,bahkan dia hanya merupakan analisa tentang cara mencari dalil-dalil,cara mencari analog,cara mencari beberapa syarat definisi yang benar dan bagaimana cara mengurutkannya. Ilmu ini terbahagi kepada dua iaitu ilmu Tasawwur dan ilmu Tasdiq yang diperolehi dengan mengemukakan dalil-dalil dan hujah yang bernas untuk meyakinkan akan kebenarannya. Dalam istilah Ilmu Mantiq terdapat susunan mujabah(baca positif dan susunan negatif atau “salabah”).


ok,, ana phm antum pnat.. so, cukup la kot setakat ni je.. kita sambung lain kali..

(to be continued..,,)

p/s: mesti ade yg ckp cmni,, "sambung lg.,, bila nk abih da..??" haha.. sabo2..

kredit:aminnmn

Read more...

Andai Ini TakdirNya

>> Friday, 10 August 2012


[Bakal Jurutera,Cekgu,Pak Imam,Pakar Fizik,Ketua Keluarga..InsyaAllah..^^]


 Seperti yang anda tahu gembar jejaka di atas adalah para mahasiswa yang maha 'busy' dgn kerja yang bertimbun dengan assignment,tutorial,presentation PBL,Lab report dan macam2 lagi kerja yang masih tertunggak,walaupon cara untuk menyelesaikan hanya dengan kopi pasta dari member2 lain..Err

Al-maklum la..Kami student bidang engineering ni dilatih sejak azali lagi dalam bidang kopi pasta dalam bab nk buat assignment dengan kerja khusus.Tipoo la klau x pernah kopi pasta…….-,-
oke back to topikkk..
#Jauh betol sembang smpai planet zoragon dah..
(_ _”)

Topik kali ni adalah tentang takdir atau qada’ dan qadar dari Allah S.W.T
Cerita pasal takdir..Ramai sahabat termasuk saya masih tertimbul pertanyaan di benak fikiran kami,mengapa kami dipilih untuk mengambil bidang mikroelektronik yang penuh kepeningan dan keloyaan keburukan…

Ada yg mengadu..
“Kenapa la aku amek bidang mikroe ni..??!
MENYESAL aku..”
“Susah nak mampos bidang mikroe ni..Macam mana la nk teroskan hidop..”

Tapi kami yakin dan konDifen mungkin ini adalah takdir dari Yang Maha Kuasa yang merencana sesuatu buat kita worang.Mungkin ada sebabnya kami mengambil bidang ini.Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang baik untuk hamba-hambaNya sedangkan kita tidak mengetahuinya..

“kadang2 kita selalu merungut dengan apa yg kita ada..sedangkan tanpa kita sedari,Allah sedang merancangkan sesuatu yg indah,bahkan lebih baik buat kita”…Kan2.??.^^

“Itulah dalil dalil ayat Al Qur'an yang menerangkan hakikat takdir dan nasib, smoga dapat kita fikirkan makna maknanya lalu kita temukan mutiara mutiara hikmah yg terkandung di dalamnya” [ At Tholaq : 3]
                                                 

[credit:Dato' Sir John Maliki Hoeng Alexender Gram Hall II]..-,-

Read more...

TOKOH ILMUAN ISLAM - AL-JAZARI

>> Sunday, 5 August 2012


TOKOH ILMUAN ISLAM DALAM BIDANG 

KEJURUTERAAN
Assalamualaikumwarahmatullah dan salam sejahtera...
Insya-Allah..pengisian artikel kali ini, kami ingin berkongsi ketokohan seorang sarjana Islam yang sangat terkenal dalam bidang Kejuruteraan.Beliau ialah Abu al-‘iz ibn Ismail ibn al-Razaz al-Jazari.. Ataupun nama singkatnya : al-Jazari

Sedikit pengenalan latar belakang:
    • a) Beliau dinamakan bersempena dengan nama kawasan kelahirannya; Al-Jazira
    • b) kawasan utara Mesopotamia
    • c) Seperti ayahnya, beliau merupakan seorang artis seni pertukangan,
    • d) oleh itu beliau sebenarnya lebih kepada jurutera praktikal berbanding jurutera yang mementingkan toeri dan kira-kira.
    • e) Menerbitkan sebuah buku yang bertajuk   Book of Knowledge of Ingenious Mechanical Devices.Dalam buku tersebut,beliau mempamerkan 50 alat mesin dan cara pembuatannya.
    • f) Antara hasil kerjanya yang terkenal ialah dalam pembuatan mesin Automata (mesin yang bergerak sendiri melalui kesinambungan mekanisma peralihan tenaga dalam sesuatu sistem).Mesin-mesin automata ini pula digabungkan dengan konsep keseniaan yang akhirnya menghasilkan konsep teknikal yang indah.
    • g) Dalam sejarah Barat;beliau dikenali dengan nama Father of Robotics.
     
Contoh-contoh hasil kerja Al-Jazari:
Kincir Air



Automata Musik
Apa yang antum lihat ialah patung-patung kayu tersebut akan memainkan alat muzik masing-masing apabila air dialirkan


Alat mengangkut air
 Konsep-konsep yang digunakan oleh al-Jazira kebanyakannya menggunakan tenaga daripada air.
Kesemua contoh-contoh alat ini sudah cukup membuktikan betapa gemilangnya Sarjana Islam pada masa dahulu.Sehinggakan al-Jazira digelar Father of Robotics oleh ahli Sains moden. 
Semoga kita bersemangat kembali untuk terus membangun dan menyumbang kepada Kemajuan dunia akhirat manusia sejagat..Khususnya untuk kemjuan umat Islam..
Wallahualam..

[rujukan:wikipedia.com]


Kredit:blog and the geng

Read more...

Cerita Kedai Milo 1.0


[Kami Pelajar UniMAP yang CEMERLANG HyperActive]
#Oke..Yg kiri tu Hyper sangat..-.-

Disebabkan kami tidak tahu apa yg hendak diPOSTkan tetapi dipaksa oleh ahli kumpulan sendiri untuk postkan sesuatu..Maka secara automatik dan NERDnya..Cerita kedai milo diwujudkan dalam versi 1.0 dengan lafaz bismillahirohmanirrahim....Ehemm..

Apa yang kami mahu hendak nak akan ceritakan adalah tentang projek membuat belog tentang sejarah islam,sejarah asia,sejarah planet zoragon..Ehh
Pertama sekali kami ingin memohon maaf kepada sesiapa yang mendapat msej muka buku dari ahli group kami supaya anda memview belog kami..Bukan kerana kami syok sendiri @ meminta publisiti murahan @ meminta untuk mendaftar jadi ahli Altromen..Err
Tapi Tak salah kan nak sampaikan perkara baik..:)

Sabda Rasulullah SAW : “Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” [Bukhari]

Bila cakap pasal nak sebarkan kebaikan...Mesti ada mulut yang dibisik syaitonirojim yang cakap
                                       
   "Ala..Kau tu bukan bagus sangat,ade hati nak ubah orang..!!"                                                


"Ape la pegi pos psal haram merokok pulak die ni..Ptg tdi aku nmpak die isap matburuh ice(Malboro Ice).."

Dan Macam2 pesyen lagi.._|_

Biasala kan,kita ni sbg manusia biasa..Perkara baik selalu nak ditolak,dicaci,disepak,diFire..
Perkara buruk pulak diterima,disambut,Diapprove..Haiss..X paham kan..
Senang nak diceritakan..Macam ni la...Eheem

Apabila kawan-kawan,abang-abang,hadek-hadek kita ingin menyebarkan kebaikan..Janganlah kita merasa x sedap badan mcm kena alergik pulak..-,-

Jangan tengok siapa yang menyebarkan..Tengok apa yang dia sebarkan..
Kalau dia tak nak jadi baik,biar kita yang jadi baik
Kalau dia tak nak berubah,biar kita yang berubah.

Haa..Sngkan klau mcam tuu..X payah nk serlahkan kesyaitonirojiman kita kan..^^


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... position:center;

  © Coretan Dari Hamba Allah Si Perindu Tegar by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP