JENIS-JENIS ILMU

>> Tuesday, 31 July 2012

As-salam dan salam sejahtera sahabat2. Salam Ramadan yang ke-12 bg rakan2 muslim. Camne dgn pose kita..? Makin btambah @ makin kurang amalan..? Harap2 istiqamah dgn amalan, wlupun skit..
So, hari ni nk share pasal jenis ilmu Islam lak.. mai..!



Ilmu –ilmu boleh diklasifikasikan kepada dua cabang ilmu menurut Islam. Pengkayaan terhadap ilmu-ilmu oleh para sarjana Islam pada zaman tamadum Islam menyebabkan ilmu pengetahuan telah mencakupi ruang kehidupan umat Islam khasnya. Cabang ilmu boleh dibahagikan kepada dua cabang iaitu ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu kifayah. Ilmu fardhu ain adalah ilmu yang lebih bersifat kepada pedoman kapada umat manusia dan melalui wahyu Allah S.W.T.. Manakala ilmu fardhu kifayah lebih bersifat kepada penyempurnaan hidup manusia samada untuk di dunia mahupun di akhirat. Ilmu fardhu ain merangkumi dan wajib diketahui oleh semua umat manusia kerana ia lebih kepada pengabdian diri kepada Allah S.W.T. Ilmu fardhu kifayah pula lebih merangkumi kepada ilmu yang harus manusia tahu untuk kehidupan seharian. Di antara jenis-jenis ilmu fardhu ain dan ilmu fadhu kifayah menurut pandangan agama Islam ialah seperti di bawah:
      1.      ILMU FARDHU AIN
 
Ilmu fardhu ain adalah ilmu yang bersifat kepada pengibadatan kepada Khaliq. Di antara ilmu-ilmu fardhu ain yang wajib diketahui menurut pandangan Islam adalah;

a)      ILMU TAUHID
Kalimah tauhid berasal dari perkataan `Wahid` yang kemudian diubah menjadi tauhid,yang dari segi bahasa bermaksud `Esa` yakni mengEsakan Allah S.W.T..
Dari segi istilah ia adalah suatu cabang ilmu pengetahuan yang membaca masalah yang berhubung dengan wujud Tuhan dan segala sifat-sifatNya samada sifat yang wajib, mustahil dan harus bagi Allah juga membahaskan masalah yang berhubungan dengan Rasul-rasul serta sifatnya. Di antara nama ilmu-ilmu tauhid yang harus diketahui ialah:

a)Ilmu tauhid
Ia dikatakan ilmu tauhid, kerana didalamya memperkatakan tentang keEsaan
Allah S.W.T, serta membaca soal-soal yang wajib, mustahil dan harus bagi Allah S.W.T.

b)Ilmu kalam
Ia dikatakan ilmu kalam, kerana orang-orang selalu memperdebatkan tentang kalam Allah(Al-quran), qadim(dahulu) atau hadis(baharu).

c)Ilmu usulluddin
Dikatakan ilmu usulluddin kerana ia memperkatakan fukuq-fukuq agama, terutama mengenai ketuhanan.

d)ilmu aqidah
Ia dikatakan ilmu Aqidah, kerana semua pembacaannya berhubungan dengan aqidah atau keyakinan yang mesti dipercayai oleh manusia, terutama umat Islam yang mukmin.

e)ilmu sifat
Ia dikatakan ilmu sifat, kerana ia memperkatakan tentang sifat-sifat Allah S.W.T dan RasulNya, atau lebih luas lagi bahawa ilmu ini memperkatakan tentang sifat Khaliq dan makhlukNya.

Tauhid juga boleh dibahagikan kepada dua iaitu tauhid Ulluhiyyah dan Rububiyyah yang serta tauhid Ibadat. Tauhid tauhid ini dibahagikan mengikut percaturan hidup manusia oleh Allah S.W.T

b)      ILMU FIQAH
Menurut bahasa, yang dikatakan fiqah ialah `tahu` atau `faham`.
Manakala menurut istilah para ahli fiqah ialah Ilmu yang menerangkan hukum-hukum syariat yang diperolehi dari dalil-dalil yang khusus dengan penyelidikan dan ijtihad.
Selain itu ada pula pendapat yang mengatakan bahawa yang dikatakan fiqah itu ialah:
Ilmu yang membicarakan tentang hukum-hukum syariat yang berupa amalan dan diambil daripada dalil-dalil syarak(quran dan hadis) yang dihuraikan secara jelas
Perkara-perkara yang dihuraikan dalam fiqah Islam amatlah besar. Ruang lingkup pembacaan fiqah Islam menghuraikan mengenai individu, masyarakat, dan negara serta hubungan antarabangsa, yang melengkapi, masalah-masalah ibadat,muamalat,kekeluargaan, perikatan perjanjian, kekayaan, warisan, jenayah, dan juga pengadilan. Oleh yang demikian faqih memberi ilmu fiqah kepada dua garis besar iaitu:

a)Fiqah Ibadat
Iaitu kumpulan hukum yang bertujuan asasnya ialah mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Hukum-hukum ini telah ditegaskan oleh Allah dan
RasulNya. Perkara –perkara yang tergolong kepada fiqah ibadat ini ialah
Solat, zakat, puasa, haji, kekeluargaan, perkahwinan, perceraian, keturunan,
harta pusaka dan lain-lain.

b) Fiqah Adat
Fiqah adat ialah hukum-hukum yang ditetapkan untuk menyusun dan mengatur hubungan perseorangan dan masyarakat, atau untuk mewujudkan kemaslahatan dunia. Hukum ini dapat berubah menurut zaman dan tempat.

c)      ILMU AKHLAK
Akhlak dari segi bahasa ialah perbuatan atau perilaku.
Dari segi istilah ialah tatacara hubungan antara manusia dengan manusia, manusia dengan makhluk Allah yang lain dan hubungan manusia dengan pencipta.
Bahagian ini merupakan ilmu pembimbing segala perbuatan dan perilaku manusia dan selaku penyempurna dari kedua-dua ilmu diatas dan tidak kurang pula ilmu ini memperkatakan tentang tanggungjawab manusia sebagai hamba Allah terhadap sesama manusia dan terhadap Allah yang Maha Kuasa.
Kelanjutan dari ilmu dikenal sebagai “ilmu tasauf”. Adapun ilmu tasauf, ia membahas keikhlasan kemurnian hati dan niat kebenaran patuh yang ada dalam kalbu seseorang itu ketika ia melakukan pekerjaan.
Tasauf itu pada hakikatnya adalah suatu sebutan yang digunakan untuk sesuatu yang berkenaan dengan cinta akan Allah dan RasulNya yang benar, bahkan bergantung pada keduanya dan berfana mengikut jalan keduanya.
Bergantung dan berfana kepada Allah dan RasulNya menuntut seorang muslim untuk tidak menyimpang meskipun serambut pun daripada mengikut hukum-hukum Allah dan RasulNya S.A.W. Tasauf Islamiah yang murni tiada melepaskan dirinya dari syariah. Sesungguhnya tasauf itu menegakkan hukum-hukum syariah dengan sehabis ikhlas kesucian niat kebersihan hati.

(To be continued..,,)

 p/s: bakal menyusul sambungan tajuk ni.. insyaAllah.. nantikan~~

kredit:aminnmn

0 Apa Kata Anda..??:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... position:center;

  © Coretan Dari Hamba Allah Si Perindu Tegar by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP