SUMBER – SUMBER ILMU

>> Saturday, 28 July 2012


As-salam dan salam sejahtera sahabat2. Disebabkan hari ni byk masa terluang, maka entri ni pun dpt disiapkn dlm masa yg ‘very2 the fast’. Hehe..
Jd, x nk buang masa dah, meh kita share pasal sumber2 ilmu dlm Islam lak hari ni.

Seperti yang kita maklum setiap ilmu dimuka bumi ini mempunyai bahan rujukannya yang tersendiri begitu juga dengan ilmu dalam Islam yg mempunyai bahan rujukannya sendiri. Antara bahan atau sumber ilmu bagi Islam ialah :
  1.      Al-Quran
  2.      Sunnah
  3.      Akal dan pancaindera
  4.      Fenomena tabii
  5.      Ilham / mimpi

Jadi segala ilmu yang telah diperkembangkan oleh islam semuanya berpandukan dari sumber-sumber ini. Oleh yang demikian islam amat menghormati segala keputusan ilmu yang telah sedia ada.

  •      Al-Quran


Al-quran merupakan sumber rujukan yang terpenting bagi umat Islam. Ia menerangkan semua perkara yang perlu dalam kehidupan manusia. Oleh itu ia juga merupakan sumber ilmu terpenting kepada manusia. Kandunganya meliputi ilmu-ilmu ketuhanan sejarah masa lampau gambaran masa akan datang seperti hari akhirat, qiamat aspek-aspek perundangan politik sains dan sebagainya. Dalam mendidik manusia al-quran menggunakan berbagai bentuk pendekatan bersesuaian dengan keperluan dan kemampuan akal manusia. Al-quran juga adalah pembimbing yang akan memberi panduan kepada manuasia untuk memperkembangkan ilmu mereka. Kedudukan al-quran sebagai sumber ilmu memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Allah S.W.T. sendiri telah menyatakan “Dia” adalah sebagai Yang Maha Alim dan Maha mengetahui firman Alah :

Maksudnya: “ Apakah kamu tidak mengetahui bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa saja yang ada di langit dan di bumi bahawasanya yang demikian itu terdapat dalam sebuah kitab(luh mahfuz). Sesungguhnya yang demikian itu teramat mudah bagi Allah.”

Dalam ayat yang lain Allah berfirman:
Maksudnya: “lalu dijadikan-Nya tujuh langit dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.”

Perhatikanlah ayat –ayat di atas ia dapat menambahkan lagi keyakinan kita kepada al-quran dan Allah S.W.T. sebagai sumber ilmu, ia juga menunjukkan sifat keluasan ilmu itu. Ilmu-ilmu Allah adalah amat luas tetapi malangnya manusia hari ini mudah angkuh dan sombong dengan sedikit ilmu yang dapat difikirkan oleh akal fikiran yang sangat terbatas. Sedangkan ilmu tuhan itu adalah tidak terbatas. Inilah sifat ilmu yang harus difahami supaya dapat melahirkan ilmuan dan intelektual yang bersifat tawaduk.

  •      Al – Sunnah


Sunnah nabi juga merupakan sumber rujukan kita. Rasullullah S.A.W. merupakan seorang rasul yang diutuskan oleh Allah untuk mengajar kita tentang apa yang diketahuinya. Segala yang dinisbahkan kepada manusia samada perkataan perbuatan ataupun pengakuan semuanya merupakan pedoman dan teladan kepada manusia. Inilah sumbangan besar rasul kepada umat manusia. Firman Allah:

Maksudnya: “Sebagaimana kami telah mengutuskan kepadamu Rasul diantara kamu yang membacakan ayat-ayat kami kepada kamu al-kitab dan hikmah serta mengajarkan kamu apa yang belum kamu tahu."


Oleh kerana tugas setiap rasul adalah untuk mengajar kepada manusia tentang kitab dan ajaran-ajaran Tuhan,apa yang diajarkan oleh mereka serta perbuatan mereka juga merupakan panduan dan teladan bagi umat manusia. Rasul-rasul tidak meninggalkan apa-apa harta peninggalan selepas kewafatan. Satu-satumya harta yang ditinggalkan ialah ilmu mereka sahaja. Itu sajalah yang diwariskan kepada umatnya yang termaktub didalam al-quran dan sunnah

  •      Akal dan pancaindera.


Allah telah menjadikan manusia dengan sebaik-sebaik kejadian dari kalangan makhluknya. Ini kerana selain dari memiliki kesempurnaan fizikal manusia juga telah dianugerahkan oleh Allah alat untuk berfikir seperti akal hati dan pancaindera yang lengkap. Alat-alat inilah yang membantu manusia untuk berfikir mengkaji membuat eksperimen dan lain-lain. Walau bagaimanapun akal dan pancaindera semata-mata tidak mampu untuk menemui kebenaran yang mutlak. Oleh kerana akal merupakan ciptaan Allah kepada manusia, maka sebagi makhluk ia bersifat terbatas. Mustahil bagi akal manusia merumuskan jawapan tentang persoalan metafizik tanpa panduan. Jadi fungsi akal tidak boleh secara berdiri secara mutlak. Oleh yang demikian walaupun kita mempunyai akal untuk berfikir namun kita masih perlukan panduan dalam mempelajari ilmu.


  •      Fenomenea tabii


Kita telah mengetahui bahawa Allah menciptakan alam ini sebagai satu anugerah kepada umat manusia. Disitu kita dapat memperolehi manfaat serta mencari pengiktibaran terhadap kebesaran-Nya. Sebagai sebuah kitab Allah yang terbentang luas alam ini menjadi sumber ilmu yg penting untuk manusia. Disinilah peranan akal manusia perlu dimainkan dengan semaksimum yang mungkin serta beserta bimbingan al-quran dan sunnah. Khazanah alam yang kaya raya ini melahirkan banyak ilham kepada manusia untuk meneroka pelbagai bidang ilmu dari masa ke semasa. Dalam firman-Nya:

Maksudnya: "Dialah yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu. Sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya menyuburkan tumbuh-tumbuhan yang pada tempat tumbuhnya kamu mengembala ternakanmu. Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan tanam-tanaman zaitun kurma anggur dan segala macam buah-buahan."

  •       Ilham / institusi / mimpi


Ilham dan institusi merupakan satu daripada sumber ilmu bagi manusia. Ia berlaku kepada sesiapa yang dikehendaki oleh Allah dari kalangan umatnya yang bertaqwa. Sumber ini lebih banyak berkait dengan deria batin seseorang. Ilham ialah idea yang diberikan oleh Allah kepada seseorang untuk melakukan sesuatu atau meninggalkanya.


p/s: cukup utk kali ni..next entri kita share bab jenis2 ilmu dlm Islam.. insyaAllah..(maap,, sblum ni x de penutup..)

kredit:aminnmn

0 Apa Kata Anda..??:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... position:center;

  © Coretan Dari Hamba Allah Si Perindu Tegar by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP